21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Tular Di Media Sosial Gambar Neelofa Kini Hamil Anak Pertama?

Pasangan sensasi Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik gambar berdua di Instagram perniagaan milik mereka yang memperlihatkan Neelofa seolah-olah sudah hamil.

Menurut laporan Harian Metro, Aksi mereka yang mengenakan jubah berwarna coklat mengundang perhatian ramai kerana menampakkan bentuk badan Neelofa agak berisi seperti wanita hamil.

Komen dalam hantaran gambar itu rata-ratanya mengaitkan Neelofa yang sudah lebih tiga bulan bergelar isteri kini hamil.

Ada yang melahirkan kesyukuran sekiranya bekas pengacara MeleTop ini benar-benar hamil.

Sumber Imej: Harian Metro

Tidak ketinggalan beberapa pengikut lain mengakui kesesuaian pakaian ini dikenakan oleh wanita hamil. Terdahulu, perkara ini mula menjadi perbualan hangat sejak bulan lalu selepas Neelofa meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam foto yang dimuat naik pada Aidilfitri lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang reaksi atau apa-apa pengesahan daripada pasangan ini berhubung gambar itu sama ada Neelofa hamil atau tidak.

Pasangan ini bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Bagi yang tidak mengenali siapa Neelofa, berikut kami sertakan biodata wanita cantik ini:

Nama penuh: Noor Neelofa binti Mohd Noor

Nama popular: Neelofa

Tarikh lahir: 10 Februari 1989

Umur: 31 tahun (2020)

Kelahiran: Pasir Mas, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, ahli perniagaan, model, penulis dan jurucakap produk

Media sosial: Instagram @neelofa

Fakta Menarik

  1. Lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej Universiti Sunway (kini dikenali sebagai Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.
  2. Berketinggian 1.57 meter dan berat 47 kilogram.
  3. Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik (lima adik-beradik berlainan bapa).
  4. Bapanya, Mohd Noor berbangsa Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed merupakan kacukan Pakistan dan Arab.
  5. Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai.
  6. Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.
  7. Sebelum menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya, Anzalna Nasir dan Izara Aishah, beliau bekerja sebagai peragawati sepenuh masa di mana pernah membintangi beberapa video muzik penyanyi tempatan popular, antaranya Awi Rafael dan Akim.
  8. Neelofa menempatkan namanya dalam dunia lakonan pada tahun 2011 apabila buat pertama kali menjayakan siri televisyen berjudul Kasih Najihah yang disiarkan di saluran TV9.
  9. Antara drama popular yang dilakonkannya seperti Jiwa Dan Lara, Tahajjud Cinta, Kau Yang Terindah, Suri Hati Mr. Pilot, Red Velvet dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.
  10. Beberapa filem popular yang dibintanginya seperti Azura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Hantu Kapcai dan Pilot Cafe.
  11. Beliau meraih pelbagai pencapaian sepanjang kariernya sebagai anak seni dan antara yang terbesar termasuk Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.
  12. Sebagai usahawan, Neelofa pernah terbabit dalam pelbagai cabang perniagaan seperti kanta lekap Lofalens, produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim dan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab. Seterusnya menjadi antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.
  13. Pada Disember 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di syarikat AirAsia Bhd.

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini