21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Ucap Alhamdulillah Ketika Bersin Semasa Baca Surah Al-Fatihah Dalam Solat, Ini Status Bacaannya

SETIAP kali bersin, bibir kita secara spontan akan menyebut lafaz alhamdulillah, manakala orang yang mendengarnya pula akan membalasnya dengan ucapan Yarhamukallah.

Demikianlah adab bersin yang diajar oleh agama Islam kepada umatnya. Masakan tidak, bersin merupakan nikmat semula jadi yang dikurniakan ALLAH kepada setiap hamba-NYA.Iklan

Maka tidak hairanlah apabila kita sedang solat, kadangkala tanpa sedar bibir begitu laju sahaja mengungkapkan ucapan alhamdulillah tatkala terbersin.

Namun begitu, seandainya kita terbersin ketika sedang membaca Surah al-Fatihah di dalam solat, apakah status bacaan al-Fatihah kita tadi? Perlulkah ia diulang semula?

Pendakwah Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad menjelaskan, situasi itu pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Ketika itu, katanya, baginda dengan para sahabat sedang menunaikan solat berjemaah sebelum tiba-tiba ada seorang sahabat bersin.Iklan

“Apabila bersin, ada sahabat membalasnya dengan mengucapkan Alhamdulillahi hamdan kathira toyyiban mubarakan fih, mubarakan ‘alaih pada ketika itu.

“Sebaik selesai solat, baginda SAW bertanyakan kepada para sahabat tentang siapa yang bersin dan mengucapkan ucapan berkenaan?

“Lantas, seorang sahabat mengaku. Lalu, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya para malaikat tadi berbondong-bondong mendoakan kamu.”

“Hadis itu sebenarnya memberitahu bahawa kita boleh menyebut ucapan alhamdulillah ketika solat, ujarnya.

Namun begitu, beliau turut menukilkan pandangan al-Imam Ramli dalam dalam Fiqh as-Syafi’iyyah bahawa ucapan berkenaan tidak boleh disebut sewaktu membaca surah al-Fatihah kerana perbuatan itu membatalkan mu’alat (berturut-turut) bacaan al-Fatihah itu tadi.

“Andai ucapan alhamdulillah diungkapkan ketika membaca surah al-Fatihah ketika solat, maka kita perlu mengulangi kembali bacaan surah berkenaan,” jelasnya.

Sumber: Sinarplus

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini