21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Wanita ‘Katil Sebelah’ Bantu Siapkan Bayi Di Puji Nitizen

Bagi ibu hamil, proses bersalin dalam tempoh pandemik Covid-19 memang menguji mental dan fizikal. Mana tidaknya, prosedur untuk ziarah di hospital kerajaan perlu dipatuhi bagi mengelak penularan jangkitan wabak tersebut.

Melalui portal OhMyMedia menulis, Selepas selamat melahirkan, para ibu pasti memerlukan lebih banyak tenaga dan pergerakan dalam menguruskan diri dan cahaya mata tanpa ditemani suami tersayang.

Prihatin dengan situasi berkenaan, wanita ini tampil membantu bayi milik seorang ibu di katil sebelahnya dengan menukar baju dan lampin pakai buang secara sukarela.

Wanita tersebut, Siti Zulaiqa memuat naik sebuah video di laman Facebook memaparkan dirinya menyediakan pelbagai kelengkapan sebelum mendukung dan meletakkan bayi itu di atas katilnya.

“Tak salah kan tolong katil sebelah.. hehehe rajin2 laa tolong menolong naa,” tulis wanita yang menetap di Pulau Pinang itu.

Selepas selesai membersihkan bayi tersebut, Siti Zulaiqa kemudian menyerahkan semula si kecil itu kepada ‘jirannya’ selain mengemas beberapa barangan bagi meringankan beban antara satu sama lain.

Video berdurasi seminit 24 saat itu menerima 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 4,300 kali serta ratusan komen warganet yang kagum melihat tindakan murni wanita berkenaan.

Rata-rata berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu berada di wad bersalin yang mengakui seronok sekiranya mendapat ‘jiran katil’ seperti Siti Zulaiqa yang ringan tulang membantu orang lain.

Moga Ika selamat bersalin!

Bestnya suasana macam ni…

Pengalaman masing2, semua rindu!

Tak salah pun saling bantu-membantu, dapat juga pahala! Lagi-lagi dengan situasi sekarang, takde la si ibu rasa kesunyian disebabkan suami dan ahli keluarga tak boleh ziarah.

Sumber: Facebook Siti Zulaiqa via OhmyMedia

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini