21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

4 Bulan Tak Jumpa Anak, Ibu Intai Pengebumian Anak Dari Celah Pagar

Pandemik Covid-19 yang semakin ‘menggila’ di Malaysia telah mencatatkan ribuan kes kematian. Mana tidaknya, hari ini sahaja  kes positif telah mencanak naik sehingga ke 5 angka iaitu lebih daripada 11 ribu kes.

Sudah pasti ramai yang telah kehilangan orang tersayang dan pemergian mereka tidak dapat ditatap oleh ahli keluarga.

Terhendap2 celah tembok pagar

Hal ini samalah seperti perkongsian TikTok milik @mis_nsha apabila memuat naik video neneknya yang terhendap-hendap di tepi pagar kawasan perkuburan semasa proses pengebumian bapa saudaranya yang meninggal dunia kerana Covid-19.

4 bulan tak berjumpa, tahu2 meninggal Covid-19

Menurut pengguna TikTok itu, neneknya sudah 4 bulan tidak bertemu dengan bapa saudaranya memandangkan allahyarham tidak dapat pulang ke rumah. Pertemuan mereka rupanya hanya selepas pemergian anaknya kerana Covid-19 di kawasan perkuburan.

Tambah pengguna @mis_nsha lagi, selama ini mereka sekeluarga hanya mendengar kisah orang sahaja, siapa sangka kini mereka pula yang merasai peritnya.

Hari2 bertanya pasal anak

Selain itu, @mis_nsha juga mengakui bahawa neneknya selalu bertanya akan bapa saudara yang dipanggil Mok lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan dan hari raya tempoh hari

Adik beradik berhubung melalui video call

Ibu saudaranya yang tinggal agak jauh dari kediaman nenek tidak dapat memberi penghormatan kepada jenazah dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada tahun lalu.

Salam takziah buat keluarga

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sebak melihat warga emas itu menangis sambil melihat upacara pengebumian anaknya.

Mereka juga mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham. Kehilangan insan tersayang akibat Covid-19 sememangnya sangat memedihkan lebih-lebih berita tersebut diterima setelah lama tidak berjumpa.

Banyakkan bersabar makcik

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini