21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Al-Fatihah, Pelakon Benjy Meninggal Dunia Di Medan

Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Benjy mula dikenali sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanak lagi iaitu melalui filem Perempuan (1988). Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun . Dia pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin TV3. 

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.

sumber: Astro Awani

biodata Ringkas Benjy

Nama: Khaeryll Benjamin bin Ibrahim

Tarikh Lahir: 17 September 1978

Pekerjaan : Pelakon

Pasangan: Safiya Stephanie Kar-Leng Lee (bercerai)

Anak: Seorang

Ibu Bapa: Khairil Anuar ZM Rashidi (bapa)Azean Irdawaty (ibu)

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini