23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Bayi Comel Dijumpai Di Tepi Tiang Undang Sebak Netizen

Dari dulu hingga sekarang, kes pembuangan bayi masih tetap berlaku dan semakin membimbangkan. Terbaru, seorang bayi perempuan ditemui diletakkan dalam kotak berwarna oren berhampiran tiang elektrik berhanpiran semak yang jauh dari kampung.

Kejadian itu berlaku pada Jumaat lepas di Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Bayi malang itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Mostafa dan terus memberitahu pendudduk kampung.

Penduduk kampung segera berkejar ke lokasi bayi perempuan berkenaan untuk melihat dan menyelamatkan bayi berkenaan. Tambahan pula ada beberapa ekor anjing berkeliaran yang ditakuti akan mengapa-apakan bayi berkenaan.

Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan yang amat memilukan apabila menangis tkdak berhenti dan badannya dikerumuni dengan semut.

Penduduk kampung membawa bayi tersebut ke klinik untuk diperiksa dan mendapatkan rawatan sebelum mereka membuat laporan polis. Bayi yang seberat 2.7kg itu kemudian disahkan berada dalam keadaan sihat dan normal dan diberikan imunisasi dan susu.

Sampai di klinik, darah yang berada di bayi itu telah kering. Tali pusatnya juga berada dalam keadaan yang baik dan dapat diselamatkan.

Menurut petugas klinik yang dikenali sebagai Sartini, bayi tersebut dianggarkan baru dilahirkan dalam dua jam sebelum diletakkan disitu dan ditemui oleh Mostafa.

Sumber: Tribunnews Via SG

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini