21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Dapat Cukup Kasih Sayang Pun Ada Ketikanya Down, Inikan Pula OKU Yang Terbiar

Sukur sendiri mendapat cukup kasih sayang daripada orang sekeliling pun ada ketikanya down, inikan pula OKU yang terbiar dan didera. Oleh sebab itu Sukur Ibrahim berharap semua orang sayangilah OKU.

Ternyata bukan mudah untuk meneruskan hidup dengan keadaan yang berbeza, menerima takdir satu perkara, kemudian bagaimana mendidik untuk OKU untuk berdikari bukan sesuatu yang mudah.

Kehadiran OKU di sekeliling bukan saja menguji empunya diri malah menguji orang lain juga. Bagaimana kita berdepan dan melayani OKU juga diambilkira. Jika tidak mampu membantu sekalipun jangan dihina atau didera anak-anak syurga ini.

Bukan Senang Mendidik OKU

Ikuti perkongsian Sukur Ibrahim dan fahami apa yang cuba disampaikan:

Bukan senang hendak mendidik anak OKU (Orang Kelainan Upaya).

Kekurangan fizikal saya yang sangat jelas ni, lagilah memerlukan push factor yang besar supaya saya mampu hidup dalam masyarakat.

Alhamdulillah mak dan abah memang berjaya didik saya dengan jayanya.

Keputusan menghantar saya ke PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti) seawal usia 5 tahun memang wajar.

Abah dan mak ke hulu ke hilir mencari maklumat dan panduan untuk memastikan saya mampu hidup dalam masyarakat. Besar jasa mereka.

Terima Kasih Mak, Abah 

Sampai saya habis darjah 6, bila hujung minggu saya memang akan sertai aktiviti di PDK Kampung Pinang. Paksa rela oleh abah

Bernyanyi di khalayak ramai, bersyair dan bersajak di hadapan VVIP. Semuanya dipaksa oleh abah.

Abah bukan siapa-siapa, askar yang bermula dengan pangkat prebet, tapi ketegasan dia seperti Panglima Perang kepada saya. Hehe.

Terima kasih mak dan abah, hantar Sukur ke PDK Kampung Pinang. Moga syurga firdausi buat kalian.

Di PDK, rakan-rakan saya ada pelbagai kekurangan upaya tersendiri. Ada yang buta, pekak, bisu, syndrome down, CP.

Masa tu saya yang paling boleh uruskan diri sendiri, mampu mendengar dan menerima arahan. Sayalah ketua geng! Seronok kami semua berkawan. Sampai sekarang pun masih berhubung.

Dapat Cukup Kasih Sayang Pun Ada Ketikanya Down

Saya yang dapat kasih sayang dari ibu bapa, adik beradik, saudara- mara dan guru-guru ini pun ada ketikanya rasa sangat down, sangat patah semangat, sangat berdukacita dengan cabaran yang mendepani kerana kurangnya UPAYA saya…

.

Apatah lagi anak-anak OKU yang terbiar tanpa jagaan malah lebih teruk didera semahunya…

Sayangilah kami, warga OKU yang juga punya hak untuk hidup dengan bahagia dan gembira.

sumber: Mingguan Wanita

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini