21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Selepas Berjuang Beberapa Hari , Siti Sarah ‘Pergi’ Tepat Jam 5.13 Pagi! Reaksi Shuib Sedih

Seleaps berjuang untuk beberapa hari di unit rawatan rapi (ICU), penyanyi Siti Sarah Raissuddin dimaklumkan telah meninggal dunia pada jam 5.13 pagi. Hal tersebut dimaklumkan sendiri ole suaminya, Shuib Sepahtu menerusi Instagramnya sebentar tadi.

Sebelum ini, Sarah yang dilaporkan kritikal telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki setelah ditidurkan akibat komplikasi kerana Covid-19. Pada live bacaan yasin mendoakan Allahyarham semaalm, Shuib memaklumkan isterinya kembalik kritikal setelah doktor memberitahu yang oksigen kembali turun ke 40 peratus sahaja. Semoga allahyarham Siti Sarah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

BIODATA SITI SARAH

Biodata 

1. Pemilik nama penuh Siti Sarah binti Raisuddin. Popular dengan nama Siti Sarah, Siti Sarah Raisuddin dan Sarah Raisuddin. 

2. Lahir pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak, Malaysia. Kini berusia 35 tahun (2019). 

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. 

4. Ayahnya, Raisuddin Hamzah (lahir 29 Mei 1956) merupakan penyanyi era 1980-an.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002. 

6. Merupakan penyanyi dan pelakon. 

7. Memperjuangkan genre muzik Pop, Pop Rock, Balada dan R&B.

8. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Bintang RTM 2001 di mana beliau terpilih sebagai antara finalis akhir. 

9. Seawal karier, Sarah sudah merangkul banyak trofi daripada pelbagai anugerah seperti “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik” di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003) dan “Artis Baru Wanita Terbaik” di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003). 

10. Juga pernah bertanding dalam rancangan realiti nyanyian, One in a Million musim kedua yang menawarkan pembiayaan kerjaya muzik bernilai RM1,000,000 sebagai ganjaran kepada pemenang, namun hanya mampu berpuas hati di kedudukan ketiga. 

11. Tidak ketinggalan, penyertaannya dalam World Championship of Performance Arts (WCOPA) sebagai wakil negara, membawa pulang sebanyak 3 emas kepada Malaysia. 

12. Sekian lama menyepi, Sarah kembali menyemarakkan dunia seni menerusi pembabitan dalam program realiti TV popular, Gegar Vaganza musim ketiga. Beliau berada di kedudukan kedua, tewas di tangan penyanyi Azharina Azhar yang ditabalkan sebagai juara. 

13. Antara lagu-lagu hits yang pernah dirakamkannya seperti Kesetiaan, Ku Teruskan, Ke Hujung Dunia, Pesan Mamaku, Saat Hilang Cintamu, Jangan Kau Mimpi, Tinggalkan Diriku, Mimpi Pun Sama, Bersamamu, Cinta Itu Nyawa (duet bersama Shuib), Semakin dan banyak lagi. 

14. Beliau mendirikan rumah tangga dengan pelawak Shahmira Muhamad (Shuib Sepahtu) pada 26 Februari 2011 dan sehingga kini beroleh tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

sumber: Iluminasi

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini