24.4 C
Malaysia
Thursday, December 2, 2021

5 Acara Sukan Aneh Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu

Tidak dinafikan sukan adalah sesuatu yang sangat digemari di kalangan masyarakat sedunia. Sesuatu pertandingan boleh menyatukan banyak negara dalam satu-satu masa. Sokongan dari peminat di tepi padang, tubuh mereka diconteng dengan pelbagai warna, menonton sambil menikmati makanan di rumah dan bertelagah untuk mempertahankan pasukan masing-masing.

Sukan seperti bola sepak sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat pada hari ini namun ia mungkin sesuatu yang agak pelik ketika pertama kali dipertandingkan. Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis sukan yang aneh dan unik yang mungkin kita semua masih belum pernah saksikan. Jom, hari ini kami kongsikan kepada anda beberapa jenis sukan yang pelik dan mungkin ini adalah kali pertama anda tahu mengenainya.

Hoki Air

suka suki: FALSAMPAH YEAH : sukan paling unik...

Kenali hoki air, juga dikenali dengan nama lain iaitu “Octopush.” Hoki air bermula pada 1950-an, dan terdapat kejohanan dunia bagi sukan ini. Caranya sama sahaja dengan permainan hoki biasa, menggunakan kayu hoki untuk memukul ‘puck’ ke dalam gol, bezanya cuma segalanya dimainkan di dalam kolam renang. Permainan Octopush biasanya dimainkan selama 33 minit, 15 minit bagi setiap separuh masa dan juga 3 minit untuk rehat.

Bola sepak basikal

Betul ke Tipu?: Sukan Bola Sepak Guna Basikal Di Jepun..

Mungkin ini adalah kali pertama anda mendengar tentang permainan bola sepak sambil berbasikal, sesuatu yang agak pelik. Apa yang membuatkan bola sepak basikal menarik adalah ia tidak memerlukan sebarang peralatan yang khas, kecuali sebuah basikal bagi setiap seorang pemain, jaring, dan bola yang sesuai. Kebanyakan peraturannya adalah sama dengan bola sepak biasa, jadi tidak banyak yang perlu dipelajari. Rakyat Eropah telah mula melibatkan diri dalam permainan ini sejak lewat abad ke-19, walaupun ketika itu ia lebih dikenali sebagai “radball.” Basikal yang digunakan dalam permainan Radball rasmi mempunyai pemegang yang dibuat secara menegak, dan ia juga mempunyai ‘gear’ yang tetap jadi pemain boleh mengayuh secara mengundur.

Gusti Ibu Jari Kaki

Alan 'Nasty' Nash, Legenda Sukan Gusti Ibu Jari Kaki - Sukan

Kita semua pernah bermain ‘gusti ibu jari tangan’ di zaman persekolahan, kemudian diteruskan pula dengan gusti lengan. Tetapi terdapat satu acara yang dianggap sebagai sejenis sukan yang serius iaitu gusti ibu jari kaki. Apa yang menarik, terdapat Kejuaraan Gusti Ibu Jari Kaki Sedunia dan ia diadakan di Derbyshire, England. Kaki peserta-peserta akan digosok sebelum pertandingan, untuk melonggarkan dan merehatkan otot-otot kaki mereka. Apabila pertandingan dimulakan, para peserta akan cuba mengunci dan ‘menjatuhkan’ ibu jari kaki lawan masing-masing untuk menjadi pemenang. Walaupun disertai oleh lelaki dan wanita, perlawanan antara jantina yang berlainan adalah dilarang.

Luncur Gunung Berapi

Luncur Gunung Berapi | Iluminasi

Jika anda mahu menikmati percutian di Nicaragua, cara terbaik adalah dengan meluncur di atas debu di kawasan gunung berapi yang aktif, dengan kelajuan yang menjangkau 60 batu per jam. Meluncur di kawasan gunung berapi adalah acara sukan yang sudah lama di Nicaragua, dimana rakyat tempatan selalunya berlumba di atas lumpur hitam gunung berapi dengan menggunakan papan luncur sehinggalah kain selimut lama yang sudah berhabuk. Walaupun acara ini boleh menjadi sesuatu yang sangat bahaya, peminat-peminat acara ini sangat teruja dengannya dari segala segi.

Menarik bukan? Antara banyak-banyak sukan yang tersenarai, yang mana satu pilihan anda? Ada yang buatkan hati anda tergerak untuk mencubanya? Bila lagi kita nak cuba benda baru betul tak..

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini