24.4 C
Malaysia
Thursday, December 2, 2021

7 Gua Terpanjang di Dunia yang perlu anda tahu !!!

Apabila bercakap mengenai gua, kita pastinya terbayangkan kawasan yang sangat gelap dan menjadi tempat tinggal kelawar. Gua merupakan salah satu keunikan semulajadi yang ada di muka bumi dan sememangnya terdapat segelintir individu yang menjadikan aktiviti meneroka gua sebaggai minat mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, tidak semua gua sesuai untuk dimasuki oleh orang awam. Di Malaysia, kita juga mempunyai beberapa gua terkenal yang dibuka untuk pelancongan antaranya Gua Niah, Gua Kelam, Gua Tempurung dan banyak lagi. Setiap satunya menjanjikan pengalaman yang unik.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan pula kepada para pembaca kami 7 gua terpanjang di dunia. 

7. Wind Cave – South Dakota, Amerik Syarikat

wind cave

Panjang: 230 kilometer

Gua yang ditemui pada tahun 1881 ini dianggap ramai sebagai salah satu sistem gua yang paling kompleks di dunia. Gua ini terletak di Wind Cave National Park, salah satu taman nasional tertua di Amerika dan juga melindungi padang rumput dan hidupan liar yang luas yang terletak di atas sistem gua.

Gua ini terkenal dengan formasi kalsitnya yang dikenali sebagai “boxwork”. Kira-kira 95 peratus formasi “boxwork” yang ditemui di dunia terdapat di dua in. Gua ini diakui sebagai sistem gua terpadat di dunia dengan jumlah laluan terbesar per batu padu.

6. Gua Shuanghedong – Guizhou, China

shuanghedong

Panjang: 241 kilometer

Jaringan Gua Shuanghedong adalah gua terpanjang di China yang terletak di Guizhou. Dengan jaringan gua sepanjang 241 kilometer, jaringan gua ini ditemukan pada tahun 1987 dan adalah contoh baik ekosistem bawah tanah. Terdapat sekurang-kurangnya tiga sungai di tingkat bawah gua, serta sejumlah air terjun.

Di dalamm gua ini terdapat makhluk hidup seperti ikan dan salamander. Sejak penemuannya pada akhir 1980-an, pelbagai ekspedisi telah dilakukan dalam usaha memetakan keseluruhan jaringan gua dan meneroka keunikan lain yang mungkin terdapat padanya.

5. Gua Optymistychna – Korolivka, Ukraine

gua optymistychna

Panjang: 260 kilometer

Optymistychna, yang bermaksud “optimis” dalam bahasa Ukraine, adalah gua gipsum. Ia adalah gua gipsum terpanjang di dunia. Bagi yang tidak tahu, gipsum adalah mineral sulfat biasa yang sangat penting dan mempunyai nilai komersial yang terdiri daripada kalsium sulfat terhidrat

Kira-kira 260 kilometer laluan telah diterokai di dalam gua ini, menjadikannya gua terpanjang di Eurasia. Seluruh gua terletak di bawah kawasan seluas 2kilometer persegi di lapisan gipsum setebal kurang dari 20 meter. Laluan gua adalah rendah dan membentuk jaringan padat pada tiga tingkat yang berbeza.

4. Sistema Ox Bel Ha – Quintana Roo, Mexico

sistema ox bel ha 960

Panjang: 270 kilometer

Sistem gua Ox Bel Ha yang mengagumkan ini dipercayai telah mula terbentuk sekitar 18.000 tahun yang lalu. Sejak itu, gua ini telah dimasuki air akibat banjir yang terjadi akibat pemanasan global. Sistem Ox Bel Ha berfungsi sebagai salah satu sumber air tawar terpenting di rantau ini.

Nama sistem gua Ox Bel Ha telah ditulis dalam Yucatec Maya, dan diterjemahkan menjadi “Three Paths of Water” dalam bahasa Inggeris. Gua dengan jaringan sepanjang 270 kilometer ini hanya ditemui pada tahun 1996. 

3. Gua Jewel – South Dakota, Amerika Syarikat

gua jewel

Panjang: 310.603 kilometer

Jewel Cave mendapat namanya dari pelbagai kristal yang mengagumkan yang melapisi permukaan dalam gua. Banyak spesimen berwarna-warni dapat dijumpai di dalam sistem gua serta formasi batu kapur yang sangat megah. Setakat ini, jaringan gua sepanjang 310 klometer sudah diterokai. 

Diakui sebagai monumen nasional untuk keindahannya dan terletak di Hutan Nasional Black Hills, gua ini menawarkan pemandangan indah kepada pelancong di atas dan di bawah tanah. Pelbagai lawatan membolehkan para tetamu mengalami sistem gua yang mengagumkan di bawah ini dan banyak laluan melintasi pemandangan di atas.

2. Sistema Dos Ojos – Quintana Roo, Mexico

sistema ox bel ha

Panjang: 353 klometer

Terletak di Tulum, Quintana Roo, Mexico, Sistema Dos Ojos ditemui pada tahun 1987 dan sejak dulu lagi menarik minat penjelajah. Dengan jaringan sepanjang 353 kilometer, gua batu kapur ini dihubungkan dengan gua bawah air Sistema Sac Atun. Setelah saluran yang menghubungkan Sistema Dos Ojos dengan Sistema Sac Atun ditemui, sistem gua ini menjadi terkenal sebagai gua bawah laut terbesar yang ada.

Sistem gua yang menakjubkan ini juga dianggap penting sebagai tapak arkeologi utama. Data yang dikumpulkan di sana telah digunakan untuk merungkai beberapa maklumat bersejarah dari beberapa budaya yang berbeza.

1. Gua Mammoth – Kentucky, Amerika Syarikat

gua mammoth

Panjang: 628 kilometer

Gua Mammoth adalah gua terbesar di dunia dari segi panjang. Terletak di Taman Nasional Gua Mammoth bersama dengan Green River, sistem gua ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu mercu tanda paling indah di Kentucky. Gua yang luar biasa besarnya ini mempunyai jaringan sepanjang 628 kilometer yang telah diterokai dan banyak lagi ruangan yang belum diterokai. 

Hari ini, gua ini menjadi tarikan pelancongan yang besar dengan lebih daripada 390,000 pengunjung melawati ruang batu kapurnya setiap tahun. Salah satu ciri gua yang paling luar biasa ini adalah banyaknya formasi stalaktit yang berjumlah ribuan dan terhasil dari air selama bertahun-tahun yang meresap ke langit-langit batu kapur gua.

Kredit:

  1. The Travel
  2. Smithsonian Magazine
  3. Live Science

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini