21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

AKHIRNYA HARIS ISMAIL KONGSI RAHSIA NEELOFA …….

Baru lima bulan Neelofa mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Namun peminat nampaknya sudah tidak sabar menantikan pengumuman kehamilan Neelofa daripada mulut pasangan sama cantik sama padan itu.

Spekulasi mengenai kehamilan usahawan itu menjadi topik perbualan hangat netizen beberapa bulan kebelakangan ini.

Cerita sensasi bermula apabila beberapa foto terkini Neelofa menunjukkan penampilan fizikal agak berisi di bahagian perut seakan baby bump, lalu peminat membuat andaian bahawa dia kini sedang hamil.

Pasangan itu memilih untuk kunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, namun akhirnya Haris mengulas secara ringkas mengenai isu yang hangat diperkatakan.

Ketika sesi temu bual siaran langsung Sembang Viral bersama Datuk Rosyam Nor yang membincangkan topik hijab dan hijrah, penerbit itu sempat mengajukan soalan keada Haris mengenai status kehamilan isterinya.

“Kita mencuba lagi. Insya-Allah ada, doa-doakanlah yang terbaik,” jawab Haris.

Jawapan yang diberi bekas peserta program Pencetus Ummah itu agak ringkas, tidak menafikan mahupun mengesahkan. Namun itu sudah cukup untuk mencetuskan keterujaan di kalangan peminat.

Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah serta titipan doa buat Neelofa dan Haris.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 27 Mac 2021 dalam satu majlis serba putih yang cukup gilang gemilang dan kontroversi di Grand Hyatt.

Kongsi Neelofa kepada EH! sebelum ini, dia tidak merancang waktu tertentu untuk menimang cahaya mata.

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.” 

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini