23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

AMALAN AYAT QURAN UNTUK ANAK LAMBAT BERCAKAP

Mencecah usia anak setahun sepatutnya ada beberapa patah perkataan anak boleh sebut. Walaupun masih pelat tetapi dia berusaha untuk menyebutnya berbanding anak yang tak bercakap tetapi cuma memberi isyarat sahaja.

Mungkin awal nya kita boleh bertenang, namun jika masuk usia dua tahun ke atas masih lagi sama, tak boleh biarkan.Mesti kena berusaha cari solusi.

Semakin lambat ibu bapa menyedari perkara itu, semakin lambat rawatan diambil, sekali gus masalah lambat bercakap tidak dapat diselesaikan.

Pada masa sama, ia juga bergantung kemungkinan kanak-kanak itu berdepan pelbagai isu lain termasuk masalah fokus, autisme, kemahiran moto kasar dan saraf.

Rawatan dengan terapis pertuturan atau pakar kanak-kanak di hospital perlu untuk mencari jalan penyelesaian. Bukan apa bimbang, anak akan ketinggalan dan tidak dapat menikmati fasa kanak-kanak yang normal.

Selain mendapat rawatan khusus, ibu bapa juga boleh ikhtiar dengan amalkan doa ini sebagai salah satu usaha untuk membantu anak cepat bercakap. Sebaiknya lakukanlah selepas solat. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah.

1) Boleh bacakan Surah An-Nisa’ ayat 164

Selain itu,boleh juga amalkan,

2) Surah al-Fatihah dan doa berikut pada madu,Sapukan madu di bawah lidah anak yang lambat bercakap itu.

3) Baca Surah Taha Ayat 25-28

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.
2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap-tiap kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, dan menguatkan daya ingatan.
3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri.

Ini juga salah satu ikhtiar bagi membantu pertuturan anak. Biar seiring dengan usaha dan doa. Barulah hasilnya juga positif.Inshaallah.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini