23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

ASTRO : TAMBAH 13, TAMATKAN 11 SALURAN DEMI MENARIK PELANGGAN

KUALA LUMPUR: Penganalisis melihat langkah Astro Malaysia Holdings Bhd menampilkan 13 saluran baharu bagi menggantikan 11 saluran dimiliki The Walt Disney dan Fox Networks Group Asia Pacific yang akan ditamatkan siaran selepas 30 September ini sebagai usaha agresif bagi mengekalkan pelanggan.

Kebanyakan saluran baharu itu disiarkan dengan segera dan selebihnya menjelang Oktober ini, manakala penamatan 11 saluran adalah sebagai sebahagian usaha syarikat media itu untuk mengurangkan pendedahannya terhadap penyiaran linear pasaran antarabangsa.

Tiga daripada empat saluran dalaman iaitu Astro SuperSport5, Filem Showcase dan PRIMEtime akan mengambil program milik Disney dan pihak ketiga yang kini disiarkan di rangkaian Fox.

CGS-CIMB dalam nota penyelidikannya, menyifatkan langkah Astro untuk menggantikan saluran Disney-Fox dilihat sebagai usaha keras pengendali televisyen berbayar itu untuk mengekalkan jumlah pelanggannya.

Ia berkata, pihaknya melihat studio Hollywood melakukan segala-galanya untuk menyokong cadangan kandungan Astro.

Katanya, Astro juga menjelaskan perubahan dalam barisan saluran dan penambahan 15 langganan berasaskan video berdasarkan permintaan (SVOD) menjelang akhir tahun kewangan 2021/23 tidak menyebabkan nisbah kandungan kos kepada pendapatan TV melepasi paras had 34 hingga 37 peratus yang ditetapkannya sendiri.

Oleh itu, jelasnya Astro meraih hasil lebih banyak daripada studio Hollywood selama bertahun-tahun sebelum ini memandangkan kos kandungannya tetap stabil sejak syarikat itu disenaraikan semula pada Oktober 2012.

“Syarikat gergasi media antarabangsa yang lebih rugi jika cetak rompak menaikkan taraf penstriman mereka di Asia.

“Lebihan bekalan dalam pasaran penstriman video selain kelesuan pelanggan memperlahankan pertumbuhan di Amerika Syarikat (AS), namun mereka terus menanggung kos pengeluaran yang tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan terhadap kandungan,” katanya.

CGS-CIMB yakin langkah Astro menambah jumlah salurannya bukan untuk mengambil peluang mengurangkan kos kandungan kerana masih ada penonton yang lebih suka menonton kandungan yang terdapat di televisyen berbanding memilih kandungan untuk ditonton.

Ia berkata, pihaknya menjangkakan pendapatan Astro berada dalam landasan untuk meningkat semula, dengan integrasi penstriman selain sokongan syarikat media antarabangsa untuk membanteras cetak rompak.

Justeru, ia mengekalkan harga sasaran Astro pada RM1.51 dan sebarang penilaian semula dibuat sekiranya berlaku perubahan dalam jumlah langganan.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini