21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Cantik Tapi Menjengkelkan, Ini Adalah Spesis Nyamuk Paling Cun Di Dunia

Nyamuk merupakan spesis serangga yang mempunyai dua kepak bersisik, tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; mempunyai saiz yang bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.

cantik tapi menjengkelkan, ini adalah spesis nyamuk paling cun di dunia

Kita sendiri pernah merasa betapa rimasnya bila diganggu spesis nyamuk. Meskipun ia menjengkelkan, terdapat satu spesis nyamuk yang dikategorikan sebagai nyamuk paling cantik di dunia, dikenali sebagai Sabethes.

cantik tapi menjengkelkan, ini adalah spesis nyamuk paling cun di dunia

Sabethes ditemui dalam hutan tropika dan Amerika Selatan, mempunyai corak berwarna biru dan sayapnya bagaikan pendayung, dan kaki yang panjang. Disebabkan bentuk dan warnanya yang sangat unik, ia adalah spesis nyamuk yang amat sukar dilihat malah disentuk kerana ia sangat sensitif terhadap pergerakan dan bunyi.

cantik tapi menjengkelkan, ini adalah spesis nyamuk paling cun di dunia

Seorang jurufoto, Gil Wizen berkata, untuk mendapatkan foto sempurna nyamuk ini, seseorang itu perlu berada dalam posisi tidak bergerak langsung, malah perlu diam dan tidak boleh menggunakan flash kamera. Jika tidak, ia akan lari dan tidak mendekati.

cantik tapi menjengkelkan, ini adalah spesis nyamuk paling cun di dunia

Kakinya yang berbulu dengan warna unik ini masih menjadi kajian saintis tentang fungsinya tersendiri. Buat masa ini, pengkaji percaya kakinya yang berbulu itu menjadi tarikan pasangan nyamuk lain untuk proses pembiakan.

cantik tapi menjengkelkan, ini adalah spesis nyamuk paling cun di dunia

Meskipun ia sangat cantik untuk dipandang, nyamuk ini tetap berbahaya dan boleh menjadi pembawa kepada penyakit tropika seperti demam kuning dan demam denggi.

Sumber: [1]

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini