23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

COVID19 : ADAB BARU MAKAN DI KEDAI

Bermula 24hb September banyak negeri yg berpindah dari fasa 1 ke fasa 2 dan dari fasa 2 berpindah ke fasa 3.Ini bermakna banyak perniagaan sudah boleh beroperasi seperti biasa.

Rakyat terutamanya golongan peniaga menghela nafas lega apatah lagi bila kerajaan mula membenarkan aktiviti dine in diadakan.Ini bermakna perniagaan akan kembali rancak, Alhamdulillah.

Dalam keghairahan kita kembali menjalankan aktiviti seharian tidak dapat dinafikan banyak benda yang berubah yang tidak akan sama seperti sebelom wujudnya Covid19 ke negara kita.

Hari ini kita tekankan satu adab yang ramai bakal terlepas pandang.Memandangkan dah sekian lama tidak dine in pastinya semua orang teruja dan buat buat lupa.Jom tengok apa yg boleh kita ubah atau tambah baik.

ADAB MAKAN DI KEDAI

1. Elakkan kedai yg pengunjung terlalu ramai.

Kalau boleh pilih lah kedai makan yg tak ramai orang walaupon mungkin kedai tu kurang famous tapi sekurangnya dapat juga membantu perniagaan yg kurang famous.Mana lah tahu kalau kedai tu masakannya sebenarnya lebih sedap dari kedai yg famous tu?

2. Jangan terhegeh hegeh mengisi makanan.

Pernah terkena masa berator memilih makanan di kedai nasi campor??Selalu kaum wanita yg dikaitkan dgn ‘kelembapan’ memilih juadah tapi sekarang lelaki pon 2kali5.So lepas ni kena lebih tangkas dan aktif memilih juadah makanan jangan terhegeh hegeh nak isi nasi pon sampai 3 4kali senduk utk sebungkus nasi kira sebiji biji nak masuk.

3. Amalkan cuci tangan kerapkali

Kalu biasanya orang cuma akan cuci tangan bila nak makan.Tapi sekarang kita mesti kerap cuci tangan walaupon makan menggunakan sudu dan garfu.Sebaiknya,cuci tangan seawal masuk ke kedai kemudian selepas memilih juadah cuci sekali lagi sebab,kita dah pegang senduk yg dipegang berpuluh atau mungkin beratus orang?

4. Elakkan melepak

Lepak di kedai makan sememangnya satu aktiviti yang paling best.Minum segelas saja tapi lepak dua jam.Kalau sebelom covid ini adalah aktiviti normal tapi tidak lagi sekarang.Sudah jadi aktiviti tidak normal.Elakkan melepak di kedai yg sibuk.Nak lepak boleh cari port yg tak ramai orang lebih ruang pengudaraan dan sudah tentu akan lebih selesa.

5. Restoran sediakan nombor akaun besar besar

Apa agen penyebar virus yg paling aktif sekali?Tanpa kita sedar atau sebenarnya kita memang sedar cuma buat buat tak sedar?WANG TUNAI adalah agen penyebar virus paling aktif dan cepat.Tapi sebab nama dia duit ramai yg buat tak endah.So sebaiknya tuan kedai mulai sekarang tampal nombor akaun besar besar supaya customer cuma perlu panggil tuan kedai untuk kira dan tunjuk slip transfer saja tak perlu beratur di kaunter nak belek nombor akaun yg kecik macam ‘taikmata’ melekat di meja kaunter.

6. Tak perlu nak menggesel dan berhimpit

Sebenarnya bagus Covid19 ni bila kita tidak lagi perlu berhimpit di tempat yg sesak.Tak ada lagi adegan diraba.Cuma,bila di restoran terutamanya yg menjual nasi campor tak dapat nak elak lagi isu berator dan dihimpit secara paksa.Bagaimana nak elakkan?Jangan selfish.Selesaikan tugas masing masing secara segera.Pilih makanan,ambil,bungkus dan bayar dengan kadar paling minima.Dan yg memang jenis suka menggesel diminta balik makan dirumah jangan menyusahkan orang lain.

Ok,setakat ini saja tips adab baru di kedai makan..Sempena kita meraikan kebebasan kita dapat dine in.Kalau pembaca rasa ada yg perlu ditambah silakan.Kami mengalu alukan pendapat anda…

Apapon,jaga diri.Jaga kita.Jaga semua.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini