21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

DALAM TIKTOK PENUH DENGAN JERITAN JERUNG MERAH….SIAPAKAH SKUAD JERUNG MERAH? JOM KENAL DENGAN MEREKA YG TENGAH VIRAL NI…

Kalau anda pengguna laman sosial Tiktok,anda pasti selalu dengar jeritan lantang “tepi sikitttt…jerung merah nak lalu niiii..” atau “mami jerung nak lalu ni bossss”

Nakal kan???

Skuad ini sebenarnya berasal dari Terengganu.. Dan mereka menjual produk pemutih DEMICA.Terdapat 7 orang ahli yg aktif dalam tiktok jerung merah. Yang terdiri dari remaja perempuan.

Mereka diketuai oleh pemilik nama akaun tiktok Sofiaaa Marieylla.Yg memiliki hampir setengah juta pengikut di laman sosial itu.Gadis berusia 23tahun ini,Siti Sofia Mahyudin yg bertanggungjawab melatih kawan kawan yg lain utk serius mempromosikan perniagaan mereka melalui tiktok sememangnya seorang yg sangat sempoi.

Video mereka menjadi viral kerana bersahaja tetapi lantang berkata kata.Siapa yg tengok pasti akan tertawa.Content yg Jerung Merah buat di tiktok sebenarnya tidak terlalu berat tetapi mempromosikan produk DEMICA secara santai dan paling menarik,mereka menggunakan loghat pekat terengganu dan ini menarik minat ramai orang.

Walaubagaimanapon,mereka tidak terlepas dari dikutuk dan dihina netizen.Pelbagai kata kesat dan sindiran yg dilemparkan tetapi tidak melemahkan semangat mereka berkumpulan untuk terus menghasilkan video kelakar.

Antara ahli skuad Jerung Merah yg paling kerap menerima tohmahan dan sindiran adlh Nurul Ain Nordin 22tahun.Terbaru beliau dikatakan menjadi mangsa body shaming kerana penampilannya.Gara gara berkulit agak gelap berbanding skuad yg lain sering disindir.Netizen mengatakan Ain hitam,muka berjerawat dan bersuara sengau malahan dikata juga pemilik suara jantan dan macam macam lagi.

Namun begitu,anak seorang penjual burger dan pembantu tadika yg merupakan anak sulung dari dua beradik yg berasal dari Marang terengganu ini langsung tidak berhenti dari berusaha meneruskan promosi perniagaan nya dgn harapan hendak mengubah nasib keluarganya.

Beliau berkata,Sofia yg lebih mesra dgn gelaran mami sering memberi semangat kepada beliau dgn ahli skuad yg lain .Walau pernah terlintas untuk berhenti tapi kerana semangat dan dedikasi yg ditunjukkan skuad yg lain beliau berubah fikiran.Katanya,dulu sebelom terkenal dgn Jerung Merah, nak dapat sorang customer pon susah.Tapi sekarang tidak lagi.Semakin ramai yg berminat nak join sejak setahun yg lalu sejak beliau serius berniaga.

“Bukan senang nak buat video sebenarnya,kami selalu buat video tengah panas terik. Tapi kami ambil kecaman orang sebagai pembakar semangat.” Kata Ain dan dipersetujui oleh Sofia.

Dalam pada video mereka menjadi viral sebutan ramai,tak kurang yg mengecam dan menghina.Namun kecaman itu tidak langsung membatalkan niat murni masing masing yg berazam untuk menambah pendapatan dan mengubah nasib

Antara video tiktok yg mereka hasilkan

Semoga niat baik skuad Jerung Merah mendapat hasil yg lumayan.Netizen pon agak agak la nak mengecam.Bukan mereka buat benda yg salah.

So apakata anda?Tak rasa berminat ke nak buat Skuad Singa Kuning atau Skuad Lipan Biru? Cubalah mana tahu hasilnya lumayan.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini