23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Kalau Vida Jadi Kahwin, Cik B Takkan Panggil Iqbal ‘Ayah’ – “Saya Tak Selfish, Tapi Saya Akan Panggil……”

Anak sulung kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida, Cik B mengambil langkah untuk berdamai dengan ibunya selepas situasi tegang baru-baru ini.

Jelas Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, dia mengakui ada berbincang mengenai keputusan ibunya untuk berkahwin dengan Iqbal Zulkefli seperti yang tular.

“Sekarang ini hubungan kami dah okey, dah tidur sekali. Mama pun sudah boleh bercakap dengan saya dan kami dah rapat semula. Saya ada sentuh topik kahwin dan berpesan padanya jangan berkahwin. Kemudian, mama balas insya-Allah.

“Yang saya nampak mama ada fikir balik bila saya tak bagi kahwin. Dia pun ada baca statement yang saya keluarkan. Sama juga dengan komen-komen netizen, dia pun dia baca. Ada la juga terlintas di fikiran dia, ‘betul juga eh?’,” katanya.

Jelas Cik B, dia tiada masalah dengan bekas pembantu peribadi Vida itu dan mengakui jejaka kelahiran Kelantan itu baik hati, cuma mereka tidak benar-benar akrab.

Malah, dia dan adik lelakinya, Kacak pernah berbincang mengenai keputusan ibunya untuk berkahwin dengan Iqbal sebelum ini.

“Kacak suruh saya bagi mama kahwin tapi saya tetap tak nak bagi. Saya kenalah jaga mama. Saya ada mama ja.”Takkan mama nak bagi kasih sayang dia dekat orang yang baru datang dalam kehidupan dia?

“Saya bukan selfish! Kalau saya beri pendapat, biarpun mama tak ikut (setuju) tapi selalunya dia buat ja. Saya hanya nak mama happy lama bukan sekejap saja,” tambahnya.

Akui pelantun lagu Tolonglah itu lagi, dia mengaku berdepan trauma dengan perkahwinan Vida terdahulu. Hal itu sekali gus mendorong tindakan dan reaksinya terhadap pilihan ibunya untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Sungguhpun tidak mampu menghalang ketentuan takdir, Cik B berpegang dengan pendiriannya tiada lelaki lain yang boleh menggantikan kasih sayang antara mereka bertiga anak-beranak.

“Saya memang tak nak langsung mama kahwin dengan sesiapa sebenarnya. Saya tak nak ada orang baru datang dalam hidup saya. Rasa macam uncomfortable untuk saya tinggal serumah, kahwin dengan mama pula tu.

“Saya buat semua ini sebab tak nak mama sedih. Kita tak tahu dia punya niat. Memang betul niat nak kahwin tapi di sebalik itu kita tak tahu.”Tapi kalau mama dan dia (Iqbal) berkahwin juga saya tetap akan jaga mama,” katanya.

Ditanya panggilan buat bapa tirinya itu nanti, jawab Cik B spontan; “Saya akan panggil dia yoo bro!”

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini