21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Lesen pemandu lori rempuh kereta boleh digantung, batal

KUALA LUMPUR: Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan di simpang lampu isyarat di Jalan Ipoh semalam berdepan tindakan digantung atau dibatalkan lesen selain hukuman mahkamah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyiasat kemalangan itu mengikut audit Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).

Katanya, kejadian itu adalah sesuatu yang serius kerana membabitkan isu keselamatan pengguna jalan raya lain.

Katanya JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan oleh pengendali kenderaan perdagangan di negara ini.null

“Sekiranya pengendali terbabit didapati gagal mematuhi audit ICOP yang juga sebahagian daripada syarat-syarat lesen kenderaan perkhidmatan perdagangan, tindakan penggantungan atau pembatalan lesen pengendali di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 boleh diambil oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Tindakan penggantungan lesen memandu juga boleh diambil oleh JPJ berdasarkan peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya pemandu dituduh di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu lori merempuh lima kenderaan di simpang lampu isyarat di Jalan Ipoh semalam. - Foto ihsan pembaca
Pemandu lori merempuh lima kenderaan di simpang lampu isyarat di Jalan Ipoh semalam. – Foto ihsan pembaca

Ka Siong berkata jika disabitkan di mahkamah mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu terbabit boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun.

Beliau berkata, denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih RM50,000 turut boleh dikenakan.

Katanya, pemandu terbabit juga bakal hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.

“Kementerian ingin menegaskan kepada semua pemandu dan pengendali kenderaan perdagangan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi memelihara keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.40 petang semalam di Jalan Ipoh, sebuah lori yang menghala ke Sentul dari Jalan Duta hilang kawalan sebelum merempuh lima kenderaan lain yang berhenti di simpang lampu isyarat.

Siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemandu terbabit positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini