21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

M4y4t bayi ditemukan dalam tong kitar semula

KUALA LUMPUR: M4y4t bayi ditemui orang awam dalam tong kitar semula di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pekerja syarikat kitar semula yang menemui m4y4t bayi dalam plastik, pada jam 4.41 petang.

“Siasatan awal mendapati pekerja itu sedang mengumpul barang kitar semula ketika menemui bungkusan plastik berkenaan.

“Bungkusan yang berbau busuk itu kemudian dibuka yang membawa kepada penemuan m4y4t bayi dibalut dengan kain,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Mohd Zaid berkata, m4y4t bayi itu dianggarkan seberat antara dua hingga tiga kilogram dan dipercayai meniiinggal dunia kurang daripada 36 jam.

“M4y4t bayi yang masih tidak dipastikan jantinanya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang m4y4t dengan sulit.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini