21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

PERCAYA?? ANIME DRAGON BERASAL DARI MALAYSIA

Pasti ramai peminat Dragonball di Malaysia ni.Termasuk Min sendiri! Sanggup guna duit belanja sekolah untuk beli komik dragonball.

Namun tahukah anda sekitar 80-90an kartun Dragonball dihasilkan di Malaysia dengan kerjasama syarikat animasi dari Jepun.

Sumber berkata “Ketika itu Dato Ahmad Sean Sulong (Bersongkok bersampin gambar diatas) pergi ke Jepun dan bawa Producer sykt jepun tu ke pejabat Lensa dan bermulalah lakaran dan animasi Dragonball, Salormoon dan Slumdunk dihasilkan anak Melayu..

Pada tahun 1978 Lensa menghasilkan TVC ASN – Merah sgt la Mak Ngah, mcm dulu-dulu jer dan byk lagi tvc dihasilkan sehingga hari ini..

Kami anak-anak Melayu tdk pernah ambil credit menghasilkan animasi-animasi bertaraf dunia itu”

Hasil kreativiti pakar animasi dan karikatur Malaysia dari Lensamation Sdn Bhd maka terhasil kartun animasi yang terkenal di seluruh dunia itu.

Bukan sahaja Dragon Ball malahan Sailor Moon dan Transformers pernah mendapat sentuhan pengkarya tempatan. Itulah yang dikongsikan saudara Nahar Fadzil dalam satu Facebook Group. Pada lewat 1980-an, dia ditugaskan sebagai pelukis dan inker di Lensamation Sdn. Bhd. anak syarikat kepada Lensa Film Sdn. Bhd.

Mereka telah beroleh kontrak daripada Toei Doga Animation (TDA) daripada Jepun untuk menghasilkan Anime. Menurut maklumat rasmi, seramai 6 artis telah dipilih untuk menjalani Latihan bawah TDA sebelum 5 pakar animasi Jepun datang sendiri ke Malaysia untuk melatih 70 orang artis animasi tempatan selama 2 tahun.

Pada ketika itulah mereka belajar sambil bekerja dalam penghasilkan anime-anime seperti Dragon Ball.

Maklumat sebegini amat sukar untuk dicari. Malahan di laman rasmi Lensa Film Sdn. Bhd. sendiri pun tidak dimasukkan. Yang ada, cumalah info daripada laman-laman yang telah diarkibkan.

Untuk maklumat anda, anime Dragon Ball “musim 1” ada 153 episode semuanya, bermula dengan pengenalan Goku hinggalah kepada pertarungannya dengan Pikor. Bahagian inilah yang katanya melibatkan warga tempatan kita.

Kemudian, muncul pula Dragon Ball Z dalam tahun 1989, Dragon Ball GT dalam tahun 1996, Dragon Ball Z Kai dalam tahun 2009 dan Dragon Ball Super dalam tahun 2015.

Sekarang bila siar di tv aku bagitau “ayah lah yang buat Dragonball ni dulu”

Anak pun pandang semacam. Tak percaya!

“I would rather be a brainless monkey than a heartless monster.” – Goku

Wah sayangnyaa..Ternyata bakat di bumi Malaysia ni bukan kaleng kaleng kan?Lepas ni kalau buat apa apa mesti jangan lupa nak kredit dimana mana.Mesti tinggalkan bukti dan kenangan.

Kredit : Nahar Fadzil

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini