24.4 C
Malaysia
Sunday, October 24, 2021

Sumpah laknat itu semua tak boleh dipakai

Seminggu ni tak habeh pasal sumpah.Sumpah sana sumpah sini.Semua orang teruja,tak sabar,berdebar tak kurang juga yang sedih dan kecewa marah marah.Semuanya berpunca dari sumpah.

Orang tua tua cakap jangan main main dengan sumpah.Boleh makan diri si pemberi sumpah Dan bagaimana pula dengan yg terlalu percayakan sumpah?Mungkin ini berita yg mengecewakan.

Sumpah laknat yang dilakukan ahli keluarga mangsa yang mendakwa berlaku gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal disifatkan tidak laku berikutan lafaz tersebut dilakukan di luar mahkamah.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islan, Fahmi Ramli berkata, lafaz sumpah di luar mahkamah walaupun memegang al-Quran atau dilakukan di dalam masjid tidak akan diterima secara sah.

“Sumpah hanya dibenarkan dilakukan di dalam mahkamah, di hadapan hakim selepas pembicaraan segala keterangan orang yang mendakwa disertakan bersama bukti.

“Kalau hakim merasakan kes orang yang mendakwa tidak kuat, barulah hakim akan benarkan orang yang didakwa untuk bersumpah nafi

“Prinsip sumpah itu sama sahaja walaupun di Mahkamah Sivil, bukan senang-senang untuk bersumpah,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook semalam.

Katanya, terdapat beberapa jenis sumpah yang digariskan di mahkamah antaranya Yamin Al-Istizhar, Yamin Al-Mardudah, Yamin Al-Mutammimah dan Yamin Al-Hasimah.

“Kesemua sumpah itu mesti dilakukan di hadapan hakim atas kebenaran mereka dan bukannya dilafazkan mengikut sesedap hati.

“Kebiasaannya, sumpah yang selalu dipraktikkan di mahkamah ialah Yamin Al-Istizhar, namun ia tidak salah untuk mempraktikkan yang lain, asalkan bersama hujah dan dalil,” jelasnya.

Sementara itu,ketika menjawab sama ada sumpah laknat memegang al-Quran boleh diterima atau sebaliknya, Fahmi menyifatan perlakuan itu tidak digariskan dalam ajaran Islam.

“Sebenarnya tidak ada dalam Islam sumpah laknat memegang Al-Quran, biasalah orang Melayu jenis suka bersumpah seperti itu dan mengikut telunjuk serta ikutan orang jahil,” ujarnya.

So apa pulak kata netizen?Jom Kita tengok apa yg mereka riuh rendahkan ..

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini