21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Usaz Ebit Lew luahkan rasa kasih pada bidadari syurganya.

Sabda Rasulullah SAW, akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah).

Tidak dinafikan, dunia sudah di akhir zaman. Fitnah juga melata malah manusia membuat pilihan membuka aib manusia lain di media sosial tanpa mengira latar belakang. Jika Allah SWT menutup aib billion umatnya, kenapa kita sebagai hamba membuka aib orang lain?.

Walau di media sosial timbulnya persoalan demi persoalan mengenai pembongkaran kononnya wujud salah laku seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal namun kesahihan suatu berita adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa kerana mereka berautoriti penuh menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, pendakwah disayangi ramai, Ustaz Ebit Lew yang terkenal sibuk dengan tugasan dakwah dan kerja kebajikan dilihat tenang menikmati hidupnya bersama isteri kesayangan ketika bercuti ke Langkawi.

Beliau dilihat membawa isterinya membeli belah kerana katanya sudah sekian lama tidak membawa bidadari syurganya pergi dating. Dan dilihat juga gembira menaiki jetski bersama selain ke Eliewsmart bersama membeli sedikit barang keperluan.. Dan sempat bergurau seperti selalu dilakukan walau seketika sempat meluangkan masa bersama.



Dalam satu catatan di instagramnya @ebitlew, dilihat dirinya meluangkan masa bercuti bersama isteri dicintainya. Malah kata-katanya amat menusuk ke jiwa, cukuplah kita hidup bukan nak orang suka tapi Allah.

Berikut perkongsiannya khusus buat isteri disayanginya.

“Bidadariku,baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana. Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal tuhan. Kenal Allah.

Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah. Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8 bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini