5 Tanda Kucing Akan Mati Yang Mungkin Anda Pernah Alami

5 Tanda Kucing Akan Mati Yang Mungkin Anda Pernah Alami

07/06/2021 3:46 AM Off By staff

Pemilik kucing tidak menyedari yang haiwan kesayangannya sedang sakit menderita

Perkara yang paling sukar dalam pemeliharaan kucing bukanlah waktu anda memandikan kucing, berak merata – rata, jatuhkan pasu bunga atau bercakar di sofa yang mahal. Hal yang paling sukar di hadapi oleh pencinta haiwan comel ini ialah saat kucing anda sakit. Cepat atau lambat, anda pasti akan alaminya

Kebiasaannya, pemilik kucing tidak menyedari yang haiwan kesayangannya sedang sakit menderita. Ini kerana seekor kucing sangat pandai menyembunyikan rasa sakitnya tetapi berikut kami ada 5 fakta atau perkara yang anda patut sedar yang haiwan kesayangan anda itu sedang sakit.

1. Tiada selera makan

Kucing Kurang Selera Makan

Jika kucing anda yang sebelum ini sangat gemar dengan makanan tiba – tiba tidak berminat untuk makan dan minum, anda patut tahu itu adalah salah satu tanda dia sedang sakit.

Hal ini terjadi kerana, melalui artikel di Daily Paws jika kucing anda ada mengambil ubat – ubatan, kemungkinan mulutnya terasa pahit sehingga makanannya tidak menjadi sesedap sebelumnya. Hal yang kedua mungkin kucing anda faham yang proses pencernaan memelukan tenaga, jika tubuhnya penat dan tidak bertenaga, mereka menjadi semakin malas untuk makan.

Jika hal ini berterusan, sebaiknya anda patut teruskan mencuba memberinya makan. Berikan wet food yang telah dicampur air agar memudahkan proses pencernaan. Jika perlu, suapkan kucing anda agar perut mereka tidak kosong dan jika anda membiarkannya, mereka akan kelaparan dan dehidrasi.

2. Perubahan tingkah laku

Perubahan Tingkah Laku Adalah Tanda Kucing Akan Pergi ((pexels.com/Pixabay))

Perubahan Tingkah Laku Adalah Tanda Kucing Akan Pergi ((pexels.com/Pixabay))

Selain itu, kucing biasanya di akan berubah tingkah laku jika mereka tengah sakit. Perubahan ini bergantung kepada kucing itu juga, bagi yang jelas tanda perubahan tingkah lakunya akan senang di lihat.

Jika kucing anda dari awalnya memang tidak sukar di pegang dan suka menyendiri, mereka akan nampak ramah dan sentiasa ingin berdamping dengan anda. Ada juga sesetengah kucing yang berubah dari pendiam dan menjadi agresif, aktif dan tidak duduk diam.

Disebabkan hal itu, ada yang menjadikan kucing itu lupa jalan pulang ke rumah hingga tersesat, kebingungan, tidak makan, sukar untuk tidur ataupun akan terlebih tidur.

Baca Juga: Kisah Sedih Seekor Ikan Lumba – Lumba Yang Patah Hati

3. Sering bersembunyi

Kucing Gemar Bersembunyi (freepik.com/wirestock)

Kucing Gemar Bersembunyi (freepik.com/wirestock)

Menurut laporan Anthropological Perspective kucing memiliki instinct yang kuat, mereka boleh jangkakan yang badan mereka tidak kuat dan akan ‘pergi’. Itulah sebab kenapa kucing sering bersembunyi atau kerap keluar dari rumah seolah – olah dapat menjangkakan yang ajalnya akan sampai.

Ini disebabkan, sifat haiwan di luar yang sakit atau lemah dan tidak bermaya, mereka akan cuba bersembunyi agar tidak dijumpai pemangsa ketika mereda dalam keadaan lemah. Juga cara seekor kucing melindungi diri.

4. Perubahan pada bulu

Foto (Google)

Seperti yang kita tahu, kucing sangat pentingkan penampilan dan kebersihan. Selain dari tidur mereka akan menghabiskan waktu untuk grooming atau membersihkan tubuh. Tetapi, jika mereka dapat rasakan ajalnya sudah dekat, mereka cenderung untuk tidak mempedulikan hal itu lagi.

Akibatnya, bulu mereka akan nampak kotor, kusut, gugur dan tidak terjaga. Laporan di Pet Angel, sebahagian mereka mengalami tekanan dan akan menjadikan kucing tersebut stress.

Selain bulu, jika dilhat di bahagian lain, mata mereka nampak seolah berkaca dan kotor di sekitarnya. Begitu juga dengan telinga, kaki belakang dan di bahagian bawah perut.

5. Bau tubuh yang tidak normal

Kucing Juga Akan Berbau (Foto Google)

Di waktu kucing menghampiri ajal, badannya akan berbau. Baunya seperti amonia yang manis. Seperti di dalam artikel Cats Love to Know hal ini terjadi kerana zat toksin kian berkumpul di dalam saluran darah mereka.

Keadaan tersebut akan semakin parah apabila organ kucing mula tidak berfungsi dari dari satu ke satu, aroma yang tidak sedap itu semakin kuat baunya dan mereka tidak mampu untuk menyingkirkan zat toksin lagi.

Pilihan Editor: Blue Dragon Haiwan Kecil Seakan Naga

Selain itu hal ini juga sering terjadi:

  • Nafas menjadi tidak normal, kadangkala lambat dan meningkat. Ada juga kucing yang mengalami sesak atau kesukaran bernafas.
  • Hilang daya tarikan akan perkara yang digemari seperti makan, mainan dan sentuhan
  • Tubuhnya nampak lemas dan tidak bertenaga.
  • Ada yang mengalami kejang.

Bagaimana? pernahkan anda mengalami situasi seperti masalah di atas? jika ya dan sila kongsikan pengalaman anda bersama haiwan tersayang anda ini di bawah ya. Oh lagi satu, jangan lupa share!SUMBER:Idntimes