Agong berkenan adakan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja 16 Jun ini

Agong berkenan adakan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja 16 Jun ini

09/06/2021 11:05 PM 0 By staff

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin hari ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, di ibu negara.Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Anda mungkin berminat pada artikel ini

BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos

Istana Negara

Kenyataan Istana Negara“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari, 2019,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara, hari ini.Jelas Ahmad Fadil, kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu dianjurkan adalah pada 25 Oktober, 2020 di Istana Negara.Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di negara ini.

SUMBER : ASTROAWANI.COM