Ala comelnya! Rani, seekor lembu kecil di dunia. Sekarang ni famous macam selebriti! omey ke tak?

Ala comelnya! Rani, seekor lembu kecil di dunia. Sekarang ni famous macam selebriti! omey ke tak?

12/07/2021 11:47 AM 0 By Miss Kay

Oleh Miss U

Rani (warna putih) merupakan lembu terkecil di dunia setakat ini

DHAKA,11 Julai – Rani, lembu paling kecil di dunia,berukuran 50.8 sentimeter (cm) umpama selebriti di Bangladesh.

Apa tidaknya, ribuan penduduk di Bangladesh berkemungkinan dikenakan tindakan selepas mengingkari arahan sekatan pergerakan di negara itu.

Sebelum ini pemiliknya mendakwa memiliki lembu paling kecil di dunia.

Lalu gambar Rani tersebar di media sosial sekaligus menjadikan lembu berusia 23 bulan ini umpama selebriti di negara itu.

Rani lebih kecil daripada kambing. Alololoooo

Sementara itu Harian Metro melaporkan, seekor lembu kerdil di Bangladesh yang hanya memiliki ketinggian 50.8 cm mencuri tumpuan hingga menarik kunjungan ribuan pengunjung ke sebuah ladang bagi melihat haiwan itu dengan lebih dekat.

Katanya, memetik Mirror UK, lembu berusia 23 bulan diberi nama Rani itu dikatakan mengalami masalah pembesaran terbantut dan menjadi ‘selebriti haiwan’ dalam tempoh sekatan pergerakan.

Biarpun ada larangan pergerakan menaiki kenderaan di seluruh negara kerana peningkatan kes jangkitan, ribuan penduduk tetap datang ke ladang pertanian di Charigram yang jaraknya 30.57 kilometer (km) dari Dhaka.

Pemiliknya, M A Hasan Howlader percaya lembu peliharaannya itu adalah yang terkecil di dunia.

Rekod terkini dipegang oleh Manikyam, lembu baka Vechur dari Kerala yang mempunyai ketinggian 61.1 sm saja.

Rani adalah baka lembu Bhutan dari subspesies sama dengan Manikyam.

Mengulas mengenai populariti sekelip mata dikecapi Rani, pengurus ladang memberitahu tidak menjangkakan sambutan sebegitu rupa.

“Kami tidak menyangka orang ramai akan keluar dari rumah disebabkan situasi Covid-19 yang teruk ketika ini.

“Bagaimanapun, mereka sanggup memandu untuk datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, Sajedul Islam, ketua doktor haiwan wilayah memaklumkan Rani adalah produk pembiakan genetik dan tidak mungkin ia menjadi lebih besar.

Menurut Sajedul, dia sudah memberitahu pengurusan ladang untuk menyekat kemasukan pengunjung.

“Saya memberitahu pihak pengurusan bahawa mereka tidak boleh membiarkan orang ramai terus berkunjung ke ladang.

“Ini kerana pengunjung itu mungkin membawa penyakit di sini yang mengancam kesihatan Rani,” katanya.

Hasan melaporkan pada 7 Julai bahawa lebih 15,000 pengunjung datang menemui Rani dalam tempoh tiga hari selepas akhbar tempatan dan saluran televisyen menyiarkan kisahnya.

Kebanyakan pengunjung datang untuk berswafoto dengan Rani.

“Jujurnya, kami sudah letih,” katanya.

Hasan dikatakan sudah menghantar maklumat Rani kepada Guinness World Record bagi membuat penilaian kerana yakin lembu peliharaannya itu adalah yang terpendek di dunia.

Guinness World Records dilaporkan akan memberi keputusan dalam tempoh 90 hari selepas permohonan.

Sementara itu, mengulas tentang Manikyam, menurut blog ape jela kau nak!, Manikyam hidup seperti biasa di ladang lembu milik Balakrishnan Nambukudy yang terletak di bandar Atholi,Wilayah Kerala selatan India.

Nambukudy menjaga lembu ini sejak ia lahir lagi dan memberi makan dan minum sama seperti lembu lain jagaanya, Peliknya lembu itu tidak membesar seperti kebiasaan.

Dia berkata “dia tidak sama seperti lembu lain dan saya sedari beratnya tidak bertambah seperti lembu yang sama baka dengannya.”

“Dia adalah mahkluk yang sangat istimewa bagi kami dan ia seperti ahli keluarga kami, Manikyam juga memberi respon apabila kami memanggil namanya.”

Walaupun tubuh badan Manikyam kecil tapi tidak ada kecacatan lain pada tubuhnya.

Manikyam juga telah dinobatkan lembu terkecil di dunia oleh Guinness Book Of Record dan telah mengalahkan pesaing terdahulu yang lebih 3 inci dari Manikyam.

Manikyam dijaga seperti haiwan peliharaan dan ia juga dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah dan Nambukudy berkata ia adalah haiwan yang sangat pandai kerana ia akan menyahut apabila dipanggil.