Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2021

Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2021

12/04/2021 11:15 AM Off By admin

Berita baik buat para ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah kerana kini anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga. 

BANTUAN KANAK-KANAK 2021 

Tahukah anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah merupakan sebuah bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak bagi meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1,000 berbanding sebelum ini hanya RM450. 

Jumlah BKK Lama 

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100. 
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.

Jumlah BKK 2021

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan. 
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BKK 2021
1. Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
CARA MEMOHON BKK 2021
Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2021:

  1. Sila layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Cetak Borang Permohonan
  3. Sila cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda. 
Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua.  

Sumber: https://www.epermohonan.com/2021/03/bantuan-kanak-kanak-sehingga-rm1000.html