Batu Misteri Yang Tidak Bergerak Selama 1200 Tahun

Batu Misteri Yang Tidak Bergerak Selama 1200 Tahun

13/06/2021 1:56 AM 0 By staff

Di sebuah pekan bernama Mamallapuram yang terletak di Tamil Nadu, negara India, terdapat sebuah batu besar yang misteri.

Batu ini bersaiz besae dan memiliki ketinggian setinggi 20 kaki. Batu ini diberi nama Vaan Irai Kal ataupun dalam bahasa Inggeris adalah “Krishna’s Gigantic Butterball.”

Batu ini terletak pada kedudukan yang curam ataupun “slope”. Namun, walaupun kalau ikut logik ia boleh bergerak ke bawah tetapi batu ini tetap statik pada kedudukan itu bagi tempoh 1200 tahun.

Terdapat ramai Raja dalam beberapa Dinasti di sini yang cuba untuk menggerakkan batu ini tetapi gagal. Antaranya adalah Raja Narasimhavarman dari Dinasti Pallava.

Pada tahun 1908 pula, seorang gabenor bagi kawasan itu iaitu Arthur Havelock mengambil inisiatif dengan cara menggunakan 7 ekor gajah bagi menolak batu itu. Malangnya tetap gagal juga.

Sehinggalah ke hari ini, batu itu tidak dapat digerakkan walaupun sedikit. Ia menjadi tempat tarikan pelancong bagi negara India.

Pada tahun 2019, Perdana Mentera India, Narendra Modi bersama Preside China, Xi Jin Ping mengambil gambar di hadapan batu ini sebagai tanda persahabatan dua negara itu.

SUMBER:FB Iskandar Zulfaqar