Berebut susu kononnya boleh cegah kobid?!!

Berebut susu kononnya boleh cegah kobid?!!

07/07/2021 10:20 PM 0 By Miss Kay

Oleh Miss U

INDONESIA – Pengunjung di sebuah pasaraya di Indonesia baru-baru ini tular dalam sebuah video TikTok gara-gara berebutkan jenama susu yang kononnya boleh mencegah jangkitan virus Kob!d.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Tangerang, Jakarta selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) bersetuju untuk melaksanakan Pembekuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat bagi mengawal penularan wabak itu bermula 3 Julai lalu, seperti dilaporkan portal Thevocket.

Susulan itu, segelintir rakyat Indonesia mula panic buying dan terpedaya dengan dakwaan palsu yang mengatakan bahawa susu berkenaan mengandungi khasiat yang berkesan untuk mencegah jangkitan virus kob!d seperti dihebahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya, khasiat susu tersebut sama sahaja seperti jenama susu lain yang terjual di pasaran.

Namun, ada segelintir penduduk di Indonesia yang sangat percaya dengan berita yang tidak sahih.

Untuk rekod, setakat kelmarin, Indonesia mencatatkan sebanyak 27 ribu 233 kes positif baharu dan 555 kematian.

#