Cara Bersihkan Lumpur Siput Sedut Ni, Rupanya Guna Pelepah Pisang Je?

Cara Bersihkan Lumpur Siput Sedut Ni, Rupanya Guna Pelepah Pisang Je?

08/06/2021 10:55 AM 0 By staff

Sipu sedut ni memang dah jadi kegemaran ramai orang. Kalau dibuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api ni, memang sedap lagi-lagi ada nasi panas! Kadang-kadang nak dapat di pasar, boleh tahan susah juga tau. Tambah-tambah dengan harganya yang kian mahal saban tahun.

BACA: Tips Basuh Sotong Guna 1 Bahan Je, Confirm Masakan Anda Tak Berbau Hanyir

Beria pusing satu KL cari siput sedut ni, teringin punya pasal

Tapi untuk membersihkan lumpur yang melekat pada siput tu, berjanggut juga nak siap. Bukan apa, kita pun takut kalau nak bersihkan secara ala kadar saja mahu keracunan makanan dibuatnya. Jadi, nak tahu macam mana cara paling cepat dan terbaik nak bersihkan siput sedut? Senang saja, ikut tips ni.

Kebetulan pokok pisang banyak depan rumah…boleh ambil pelepahnya

Bagi anda yang tak pandai cuci siput sedut, lepas ni boleh cuba trick mudah yang dilakukan oleh Puan Nor Ismahani Mohd Ismail ni. Jangan risau, caranya sangat senang dan hanya menggunakan bahan yang kebanyakan orang ada. Mula-mula, lalukan air sambil menggosok siput sedut menggunakan pelepah daun pisang.

Lecehnya Bersihkan Lumpur Siput Sedut Ni, Rupanya Guna Pelepah Pisang Je?
Lecehnya Bersihkan Lumpur Siput Sedut Ni, Rupanya Guna Pelepah Pisang Je?

Dapat lepaskan geram sekali sambil tonyoh siput tu

Selepas gosok siput sehingga bersih dan tiada lagi lumpur melekat pada siput, cucikan lagi sekali di bawah air yang mengalir. Kemudian, ketipkan bahagian ekor siput supaya mudah untuk menyedut ketika makan. Akhir sekali, bolehlah anda masak lauk kegemaran anda. InshaAllah dengan cara ni, siput dapat dicuci dengan bersih. Barulah yakin nak sedut korang oi!

Lecehnya Bersihkan Lumpur Siput Sedut Ni, Rupanya Guna Pelepah Pisang Je?
Lecehnya Bersihkan Lumpur Siput Sedut Ni, Rupanya Guna Pelepah Pisang Je?

Sumber: Facebook Nor Ismahani Mohd Ismail via Masak Apa Hari Ni