Cara Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM (Mulai 10 Jun 2021)

Cara Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM (Mulai 10 Jun 2021)

08/06/2021 7:52 PM 0 By staff

Maklumat penting untuk lepasan SPM 2020 apabila mendapat keputusan SPM pada Khamis 10 Jun 2021, Fasa Pengemaskinian hanya dibuka dalam tempoh 5 hari selepas keputusan diumumkan.

Maka, anda boleh login semula ke UPUOnline dan lakukan pengemaskinian pada senarai program yang dipohon sebelum ini.

Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.

Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.

Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang cara membuat kemaskini UPUOnline.

Apakah Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline?

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Baca juga: eUKCG: Semakan Keputusan & Tarikh Ujian VKF & VP

Cara Kemaskini UPUOnline

  1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ [ Akan dibuka bila tiba waktunya ]
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Baca juga: BPR Tambahan: Semakan Bayaran RM100, RM300 & RM500 Akhir Jun Ini

Maklumat Lanjut

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE  : 03 8870 8200
FAKS            : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL     : upu@mohe.gov.my