“Cerita Jumanji Ke?” Sebab Kenapa Dan Dimana Kejadian Gajah Tersebut Jadi Tanda Tanya

“Cerita Jumanji Ke?” Sebab Kenapa Dan Dimana Kejadian Gajah Tersebut Jadi Tanda Tanya

21/06/2021 9:51 PM 0 By staff

Tular semalam di Facebook dimana seekor gajah kelihatan di dapur rumah sedang memerhati sesuatu, gambar yang mendapat ribuan likes and share itu menjadi tanda tanya apakah itu lakonan cerita JumanjI?

Hari ini, Kosmo Online melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di Thailand dan ini sebab kenapa gajah itu berada di dapur rumah tersebut:

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand membuat luahan perasaan di laman Facebook apabila rumahnya di wilayah Hua Hin dikunjungi gajah liar mencari makan setiap hari, lapor akhbar The Nation, semalam.

Rachadawan Phungprasopporn, berkata kali terakhir kejadian itu berlaku, seekor gajah dewasa menyondol dinding dapurnya sehingga berlubang ketika sedang mencari makanan di kawasan sekitar.

Susulan aduan itu yang menjadi tular di media sosial, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemeliharaan Tumbuhan dan agensi kerajaan lain di wilayah tersebut sedang mengadakan perbincangan mengenai pampasan pemilik rumah atas kerosakan yang berlaku.

“Sebagai permulaan, agensi kerajaan akan membaiki rumah mangsa secepat mungkin,” kata jabatan itu.

Jabatan itu menambah bahawa pegawai telah memberi kesedaran mengenai cara-cara mencegah bahaya dari serangan gajah liar di daerah tersebut. 

Sumber: Kosmo Online