Disney Buka Kampus Avengers, Beri Peluang Buat Peminat Rasai Pengalaman Jadi Superhero

Disney Buka Kampus Avengers, Beri Peluang Buat Peminat Rasai Pengalaman Jadi Superhero

05/06/2021 6:29 PM Off By staff

Hampir dua tahun selepas pengumuman awalnya, Avengers Campus yang dinantikan oleh peminat Marvel akhirnya dibuka di Disney California Adventure Park.

Acara pembukaan untuk taman tema baru itu diadakan pada hari Rabu (2 Jun) yang lalu turut dihadiri oleh sebahagian pasukan Avengers antaranya adalah Presiden Marvel Studios Kevin Feige, pelakon Ant-Man Paul Rudd, Pengarah Iron Man Jon Favreau dan Captain America yang baru, Anthony Mackie.null

Taman tema ini akan memberi pengalaman interaksi yang luar biasa buat para pengunjung yang hadir ke sana. Ia membolehkan mereka merasa sendiri menjadi sebahagian daripada superhero.

https://www.youtube.com/embed/XdykB4-opGE

Para pengunjung berpeluang merasai cabaran taman tema dengan setiap superhero – Spider-Man, Doctor Strange, Black Widow, Ant-Man dan banyak lagi. Mereka juga akan menghadapi cabaran yang berbeza-beza bagi setiap superhero.

Terdahulu, Marvel Studios telah meraikan filem akan datang Marvel Cinematic Universe dalam satu trailer epik dan berkongsikan tarikh terkini untuk setiap karya filem tersebut.

Black Widow, Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings, Eternals, Spider-Man: No Way Home, Doctor Strange In The Multiverse Of Madness, Thor: Love And Thunder, Black Panther: Wakanda Forever, The Marvels, Ant-Man And the Wasp Quantumania, Guardians Of The Galaxy: Vol 3 dan Fantastic Four adalah karya MCU yang sah akan diterbitkan oleh Marvel.

Marvel Studios kongsi klip eksklusif ‘Loki’.