Donnie Yen Dilapor Bakal Muncul Dalam John Wick 4, Bawa Watak Pembunuh Upahan & Rakan Lama Wick dalam filem aksi terbaru mereka

Donnie Yen Dilapor Bakal Muncul Dalam John Wick 4, Bawa Watak Pembunuh Upahan & Rakan Lama Wick dalam filem aksi terbaru mereka

05/06/2021 8:12 PM Off By staff

Pelakon utama filem Kung Fu Ip ManDonnie Yen dikhabarkan bakal bergandingan dengan pelakon terkenal Keanu Reeves dalam filem John Wick 4

Perkara berkenaan dilaporkan oleh portal berita hiburan, Deadline.

Terkenal di negara-negara Asia dengan beberapa filem aksi terutamanya Ip Man, Yen dikatakan memiliki bakat bertempur kontemporari dan fakta berkenaan telah menarik minat pengarah filem, Chad Stahelski untuk dibawa masuk dalam John Wick 4.

Dijangkakan filem sekuel John Wick 4 akan mula ditayangkan di pawagam pada 22 Mei 2022. Pengumuman ini telah dikongsikan oleh syarikat pengendali pawagam terkenal iaitu GSC dalam satu hantaran di Facebook rasmi mereka.

Pasti ramai peminat filem sekuel John Wick berasa tidak sabar untuk menyaksikan aksi kehebatan serta keserasian gandingan antara dua pelakon hero ini dalam filem ini.

COVER

Pelakon utama filem Kung Fu Ip ManDonnie Yen dikhabarkan bakal bergandingan dengan pelakon terkenal Keanu Reeves dalam filem John Wick 4

Pasti ramai peminat filem sekuel John Wick berasa tidak sabar untuk menyaksikan aksi kehebatan serta keserasian gandingan antara dua pelakon hero ini dalam filem ini.

John Wick 4 dijadual akan memulakan penggambaran pada musim panas ini dan beberapa negara disebut-sebut menjadi latar filem tersebut antaranya Perancis, Jerman dan Jepun.

Menurut Stahelski, mereka merasa sangat teruja bekerjasama dengan Yen dan tidak sabar untuk menggandingkan bintang terkemuka itu dalam satu projek bersama-sama dengan Reeves.

Filem Joh Wick berkisarkan perjalanan seorang pembunuh upahan terhebat yang memburu individu bertanggungjawab menceroboh rumah dan mencuri kereta vintage miliknya serta membunuh anjing peliharaan kesayangannya.

Dalam sekual yang diterbitkan pada 2017 dan 2019, John Wick kemudian berjuang untuk menyelamatkan diri dan kekal hidup selepas ganjaran telah dikeluarkan bagi mana-mana individu yang mampu membunuhnya.

Akan tetapi, ia kedengaran sedikit kecewa juga kerana sebelum ini John Wick 4 pernah dilaporkan bakal ditayangkan 21 Mei tahun ini. Mungkin atas sebab-sebab tertentu tayangan filem ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan.

Bagaimanapun, kisah yang bakal digarap dalam John Wick kekal misteri sehingga kini. Apakah Yen akan membawa watak sebagai kawan lama yang masih mempunyai hubungan baik dengan Wick, ataupun dihantar untuk memburu kepalanya?

Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu dan lihat sama ada gandingan dua pelakon hero yang terkenal serta hebat ini Donnie Yen dan Keanu Reeves dalam John Wick 4 menjadi atau pun sebaliknya.

Sumber: DeadlineAsia One, The Vocket