Drama Spontan 14 bawa isu ‘Curang’ dapat pujian netizen!

Drama Spontan 14 bawa isu ‘Curang’ dapat pujian netizen!

18/11/2019 11:15 AM Off By admin

Isu curang kini semakin kecoh dibicarakan malah acap kali kita melihat ianya berlaku dan tular di media sosial.

Namun, apa yang menjadi perhatian sejak semalam apabila YouTuber terkenal, Syahmi Sazli mengetengahkan isu curang dalam karyanya Drama Spontan 14 yang bertajuk ‘Kau Curangi Aku’.

Bagaimanapun menurut portal Himpunan Cerita Lawak, untuk episod kali ini juga hasil karya Syahmi mendapat perhatian ramai serta rata-ratanya terhibur.

Apatah lagi melihat gandingan mantap daripada pelakon-pelakon seperti Yoe Parey dan Asif pastinya sentiasa mencuit hati peminat mereka.

Menjenguk pula ke laman YouTube milik Syahmi, episod kali ini sudah mencecah jutaan tontonan sejak ia dimuat naik.

Reaksi netizen

Rata-ratanya memberikan komen ‘lucu’ gara-gara terhibur melihat gelagat Yoe dan Asif dalam drama tersebut.

Drama Spontan 14 jadi perhatian

Sumber: Syahmi Sazli