Empat Bertopeng Samun Stesen Minyak

Empat Bertopeng Samun Stesen Minyak

16/04/2019 7:17 AM 0 By admin

KOTA BHARU – Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau bertindak menyamun sebuah stesen minyak sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM20,000 dalam kejadian di Taman Uda, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Rompakan berlaku pada jam 2 pagi ketika seorang pekerja lelaki berusia 20-an sedang menjaga kaunter di stesen minyak berkenaan.

Sumber berkata, sebelum itu tiga daripada mereka yang memakai topeng muka dan bertopi mengumpil pintu utama dengan menggunakan besi sebelum dapat membukanya lalu masuk ke dalam premis.

“Seorang suspek kemudian mengacukan pisau ke arah pekerja itu dan membawanya ke dalam stor yang berada bersebelahan kaunter lalu mengikat tangan serta kaki pekerja itu.

“Dua lagi suspek pula mengambil wang tunai sebanyak RM20,000 yang berada di sebuah bilik,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.