i-Sinar: Bayaran Bulan Jun Sedang Dibuat Secara Berperingkat Sehingga 9 Jun 2021

i-Sinar: Bayaran Bulan Jun Sedang Dibuat Secara Berperingkat Sehingga 9 Jun 2021

03/06/2021 1:16 AM Off By staff

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Malaysia pada hari ini telah memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar untuk bulan Jun mula dibuat pada 1 Jun 2021. Menerusi makluman mereka menerusi lama Twitter KWSPMalaysia, bayaran tersebut akan dibuat secara berperingkat sehingga 9 Jun 2021.

Tambah kenyataan itu juga, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1 sehingga 5 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank anda. Perkara ini bermakna, KWSP akan membuat pindahan wang ke bank anda dan di dalam tempoh 1 sehingga 5 hari bekerja, bank pula akan membuat pindahan ke akaun anda.

Bagi yang ingin mendapatkan status bayaran terkini, anda boleh membuat demikian melalui i-Akaun(Ahli) ataupun boleh menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar 0389224848.