Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang, Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka

Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang, Amir Raja Lawak Gigih Jual Air Jagung Amirreka

05/06/2021 9:47 PM Off By staff

Pelawak yang mula mencinta nama menerusi sebuah program Raja Lawak kini difahamkan sedang giat mengusahakan perniagaan berasaskan minuman iaitu air jagung gara-gara terhimpit dengan masalah ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi,32, kini menjual air minuman berasaskan buah jagung itu dengan jenama Air Jagung Amirreka di tepi jalan sekitar Kajang secara kecil-kecilan.

https://www.instagram.com/p/CPpMweTBUf8/?utm_source=ig_web_copy_link

Kesungguhan dan kecekalan Amir itu mendapat tempat di hati netizen terutama di media sosial Twitter kerana pelanggan sering memuji kesedapan air jagung yang dijualnya itu.

Pekat dan tidak terlalu manis, air jagung Amir juga boleh didapati menerusi akaun Instagram khas untuk perniagaannya iaitu @airjagungamirreka_hq

Meskipun kerjaya dalam bidang seninya yang tidak menentu, suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari itu tetap beroleh rezeki berlakon dalam sebuah drama terbaharu berjudul Awesome TV berjudul Man Transform.

SUMBER : Instagram Amir Raja Lawak