Kerajaan Pahang umum bonus raya RM600

Kerajaan Pahang umum bonus raya RM600

17/05/2019 5:15 PM Off By Muhayudin Salleh

Seramai 8000 penjawat awam Kerajaan Negeri Pahang melibatkan gred perkhidmatan 54 dan ke bawah bakal menerima Bayaran Khas Aidilfitri sebanyak RM600.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan ismail, berkata, nilai RM600 ini merupakan kenaikan RM100 berbanding pemberian RM500 tahun pada tahun lalu.

“Pejabat Kewangan Negeri kini sedang giat memproses pemberian ini yang dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya 24 Mei,” katanya melalui hantaran di facebook rasminya.

Jelasnya, pemberian Bayaran Khas Aidil Fitri ini sekali lagi membuktikan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dan saya berharap para penerima akan dapat menggunakannya sebaik mungkin sebagai persiapan menjelang Hari Raya.