Lima rumah setinggan di Kampung Baru musnah dalam kebakaran

Lima rumah setinggan di Kampung Baru musnah dalam kebakaran

06/06/2019 12:12 AM Off By admin

Lima buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di Kuala Lumpur, petang ini.

Malaysiakini yang memetik Bernama melaporkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 7 malam itu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan, berkata sebuah kereta, van dan enam buah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Keramat dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 7.41 malam.

“Setakat ini tiada mangsa terlibat dan unit siasatan telah diarahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyastaan itu.

– Bernama