Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) keluar kenyataan isu 246 peniaga Pasar Besar Kuantan belum saring kob!d !!!

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) keluar kenyataan isu 246 peniaga Pasar Besar Kuantan belum saring kob!d !!!

09/07/2021 2:53 PM 0 By Miss Kay

Oleh Miss U

KUANTAN, 8 JULAI – Terdapat 246 peniaga dan pembantu Pasar Besar Kuantan didapati belum membuat ujian saringan Kobid seperti mana arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam kenyataannya merayu semua yang terlibat diminta menghadirkan diri ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) bagi menjalani ujian saringan Kobid secara pandu lalu pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari esok (Jumaat).

“Pihak MBK mohon semua yang terlibat untuk memberikan kerjasama bagi mengekang pemularan jangkitan dalam kalangan warga tempatan yang dilihat semakin meningkat dan memberi ancaman kepada kesejahteraan awam ketika ini.

“Ditegaskan bahawa pihak majlis tidak akan membenarkan Pasar Besar Kuantan beroperasi sehingga kesemua kontak rapat telah menjalani saringan tersebut.

“Larangan operasi ini pastinya akan menyukarkan warga Kuantan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

“Kegagalan nama yang tersenarai untuk menghadirkan diri ke ujian saringan ini akan membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil oleh PDRM, ” menurutnya.

MBK dalam kenyataan itu turut melampirkan senarai 246 246 peniaga dan pembantu Pasar Besar Kuantan.

Memetik facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, dukacita dimaklumkan satu kematian telah dilaporkan semalam iaitu kes kematian ke-153, berkaitan dengan kluster Kampung Kerpal, Rompin.

Kes merupakan seorang lelaki berumur 61 tahun yang dirawat di hospital keranan menghidap Multidrugs Resistant Tuberculosis.

Selain itu kes mempuyai penyakit Hepatitis B, bilateral eyes cataract dan bilteral hearing loss.

Kes mengalmi sawan dan diberi rawatan bantuan oksigen.

“Kemudian kes juga mengalami pendarahan usus (upper Gastrointestinal bleeding) dengan kandungan platelets yang rendah.

“Kes segera dirujuk untuk rawatan lanjut dan swab RTK antigen didapati positif.

“Seterusnya kes disaring dengan swab RT-PCR pada hari sama dan keputusan juga positif. Kes telah dimasukkan ke dalam wad dan diagnosis sebagai pesakit Kobid CAT 4.

“Keadaan kes semakin merosot dan kes disahkan meninggal dunia.

“Punca kematian adalah Severe Kobid Peneumonia with Multidrugs Resistant Tuberculosis,” kata kenyataan itu.

Keseluruhan terdapat tujuh kluster di Pahang iaitu Kampung Kerpal Rompin, Rantau Kenangan Maran, Sentral Triang Bera, Indera Mahkota 16 Kuantan, Pasar Kemunting Kuantan dan Kampung lada Jerantut.

Terdapat sembilan kes kluster Kampung Kerpal Rompin dengan dua kematian; 486 kes kluster Rantau Kenanga Maran, 32 kematian; 35 kluster Sentral Triang Bera dengan satu kematian; 259 Indera Mahkota 16 Kuantan dengan satu kematian; 765 pasar Kemunting Kuantan dengan dua kematian dan 63 Kampung Lada Jerantut dengan dua kematian.

Jika bergejala jangan tangguh untuk dapatkan rawatan. Tindakan ini penting untuk mengelakkan wujud Kluster baru dan mengurangkan risiko penularan jangkitan kobid.

Bantu Jabatan Keishatan Negeri Pahang untuk pastikan anda selamat daripada Kobid.

Sentiasa patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan dan amalkan norma baharu dalam usaha mencegah penularan jangkitan Kobid melalui amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna ‘hand sanitizer’, pemakaian alat pelitup muka (facemask) dengan betul dan sempurna, elak sembang dekat-dekat, elak bersalaman atau bersentuhan, disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, jika bergejala atau tidak sihat dan segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.

Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Kobid.