Mount Gambier Shaft: Lubang Gua Yang Sangat Menyeramkan

Mount Gambier Shaft: Lubang Gua Yang Sangat Menyeramkan

14/06/2021 1:09 AM 0 By staff

Kadangkala, hantu bukanlah perkara yang paling menakutkan di dunia ini. Alam ini kadangkala lebih menyeramkan daripada hantu.

Buktinya, di negara Australia, terdapat sebuah gua jenis lubang (iaitu guanya mamanjang ke arah bawah) yang dikategorikan sebagai tempat paling menakutkan di negara itu.

Gua ini digelar sebagai Mount Gambier Shaft kerana ianya terletak di Gunung Gambier di Australia.

Anda boleh tengok pada gambar. Pintu masuknya cuma lubang kecil sahaja dan pastinya anda tidak menyangka bahawa lubang kecil tersebut adalah merupakan pintu masuk kepada gua berisi air laut yang memakan nyawa manusia.

Lebih menyeramkan, tidak ada cahaya yang mampu menembusi ke dalam gua ini. Jadi, ianya sangat gelap.

Mount Gambier Shaft ini menjadi “port” menarik untuk para peminat “scuba diving”.

Malangnya, gua ini telah menelan banyak nyawa. Purata sehingga 100 orang para “scuba divers” yang menemui ajal di dalam gua menyeramkan ini.

Setelah melihat ramai mati di sini, kerajaan Australia mengumumkan untuk menutup lubang gua ini dan mengharamkan aktiviti “scuba diving” di dalamnya pada tahun 1973.

Namun, 10 tahun selepas itu, atas gesaan ramai, lubang gua ini dibuka semula untuk para peminat skuba.

Kerajaan Australia juga menjelaskan bahawa pihak mereka tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa jika terjadi semasa skuba di sini.

Sehingga ke hari ini, Mount Gambier Shaft dinobatkan sebagai gua paling ekstrem oleh CDAA ataupun Cave Divers Association of Australia.

Bukan sekadar bahaya, pihak CDAA turut mengakui bahawa terdapat kelibat paranormal dalam gua ini.

Mereka pernah terlihat sosok seakan ikan duyung serta terdengar suara wanita menangis semasa “diving” dalam gua ini.

Kalau ikut logik, siapa je nak menangis dalam gua berisi air laut yang dalam macam ini kan.

Ada sesiapa berani menyelam di sini?