Musim PKP ni bukan kita je tak boleh diam di rumah, kucing pun hilang arah sampai masuk dalam saluran paip!

Musim PKP ni bukan kita je tak boleh diam di rumah, kucing pun hilang arah sampai masuk dalam saluran paip!

04/07/2021 8:33 PM 0 By Miss Kay

Oleh : Miss U

KUALA LIPIS, 4 Julai – Seekor anak kucing yang terperangkap di dalam lubang saluran paip air sempit di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, berjaya diselamatkan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), hari ini.

Pegawai APM Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Azhar Yusof berkata, kejadian itu disedari seorang kerani pejabat tersebut ketika mahu solat di surau pejabat itu.

Beliau berkata, kerani mendengar suara anak kucing dan mencari lokasi suara tersebut.

“Dia kemudian mendapati terdapat seekor anak kucing di dalam lubang saluran paip yang sempit berkeluasan dua inci.

“Kerani itu yang tidak mempunyai alatan kemudian membuat panggilan kepada pihak kami untuk meminta bantuan,” katanya.

Empat anggota bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan kucing tersebut yang mengambil masa 15 minit menggunakan tali. Tiada kecederaan pada kucing itu.

Hmmm… Macam macam ragam si comel ini. Kucing pun makhluk ALLAH juga. Bahkan ia binatang kesayangan Rasulullah SAW. Ia berhak dilayan dengan baik dan tindakan APM Kuala Lipis wajar dipuji.

Admin TD mengucapkan terima kasih dan syabas di atas keprihatinan semua yang terlibat dalam insiden ini

#kucing #APM #pejabattanahkualalipis