Obsess Cosmetics sumbang 500 baucar bantuan persekolahan kepada 500 pelajar daerah Jerantut

25/12/2020 7:43 AM Off By Miss Kay

JERANTUT – Seramai 500 murid dari 52 buah sekolah rendah dan menengah di sini, menerima Baucar Bantuan Persekolahan Sesi 2021 berjumlah keseluruhan RM100,000 bagi meringankan beban persiapan awal persekolahan.

Pengasas Syarikat Obses Cosmetics, Hafizatul Atikah Mohd Fauzi berkata, setiap seorang daripada mereka menerima bantuan berupa baucar bernilai RM200 yang boleh ditukar dengan baju, tudung, seluar, kasut dan beg sekolah di sebuah kedai di sini.

Menurutnya, tahun ini merupakan tahun ketiga syarikatnya memberi bantuan di mana pada 2018, seramai 200 penerima dan pada 2019 seramai 250 penerima sahaja.

Obsess Cosmetics menjalankan program Corporate Social Responsibility (CSR) Jom Kembali Ke Sekolah setiap tahun sejak 2018.

“Alhamdulillah, rezeki tahun ini lebih murah maka kami dapat membantu lebih ramai lagi anak-anak tempatan di sini iaitu seramai 500 orang. Tahun sebelumnya cuma sekitar 200 orang.

Pengasas Obsess Cosmetics, Hafizatul Afiqah Mohd Fauzi (dua dari kiri) menyerahkan replika baucar Bantuan Persekolahan kepada salah seorang guru yldi pejabat urusan Obsess Cosmetics di sini.

“Semoga tahun ini rezeki bertambah lagi supaya tahun-tahun akan datang kami dapat membantu lebih ramai lagi. 

“Kebiasaannya kami turut meraikan murid-murid dalam satu majlis penyerahan tapi pada tahun ini, kita hanya menjemput guru-guru atau wakil untuk menerima baucar bantuan kerana menjaga prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika ditemui media selepas penyerahan, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Obsess Cosmetics, Muhamad Syahmi Mashor.

Sebanyak 52 sekolah di daerah Jerantut menerima bantuan baucar peesekolahan dari Obsess Cosmetics yang memanfaatkan 500 pelajar.

Sementara itu Muhamad Syahmi berkata, antara sekolah yang menerima sumbangan tersebut ialah sekolah yang berada di mukim Hulu Tembeling, Pulau Tawar, Mukim Teh, Tebing Tinggi, Burau/Kelola, Tembeling Tengah, Kuala Tembeling, Mukim Pedah dan Mukim Hulu Cheka.

Pihaknya berterima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut yang memberi kerjasama untuk mendapatkan senarai penerima baucar bantuan tersebut.

Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Siti Marziah Lutpi

Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Siti Marziah Lutpi berkata, bantuan awal persekolahan yang disumbangkan kepada murid sekolah Obsess Cosmetics amat dialu-alukan pihaknya kerana pada ketika negara dilanda pandemik Covid-19, keluarga murid yang susah amat memerlukan bantuan seperti ini.

Katanya seramai 13 orang murid SK Kampung Baru menerima sumbangan tahun ini yang turut menerima bantuan sama tahun lepas.

“Tindakan Obsess Cosmetics berkongsi rezeki seperti ini wajar dipuji dan mudah-mudahan lagi luas rezeki mereka,” katanya.

Muhammad Solihin Mat Desa dari Sekolah Kebangsaan Durian Hijau

Muhammad Solihin Mat Desa dari Sekolah Kebangsaan Durian Hijau berkata, pada musim pandemik Covid-19 dan musim tengkujuh ini ramai golongan berpendapatan rendah seperti peneroka Felda dan penoreh getah tidak dapat keluar mencari rezeki. 

“Saya harap bantuan akan berterusan bagi membantu golongan-golongan ini. Pada masa akan datang mungkin dapat diperluaskan lagi kepada keluarga lain seperti ketua keluarga yang telah diberhentikan kerja dan dipotong gajinya. 

“Permulaan pembukaan sekolah tahun ini ramai ibu bapa hadapi kesukaran membeli keperluan sekolah susulan ketiadaan pendapatan.

“Tahniah kepada Obsess Cosmetics yang sudi membantu golongan memerlulan. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.,” katanya

Tamat