Pasar paling bahaya di dunia!!! Siap ada keretapi lalu!!! Lihatlah betapa disiplinnya peniaga peniaga menyesuaikan diri di tengah bahaya

09/07/2021 9:04 PM 0 By Miss Kay

Oleh Miss U

THAILAND, 8 JULAI – Video pasar yang berniaga di tepi landasan keretapi Maeklong, di Bangkok,Thailand yang dikongsikan seorang netizen, Amir Arsad di laman facebook sejak Mei lalu mendapat 19 juta views.

Video berdurasi 3 minit 52 saat itu memperlihatkan keadaan pasar yang menjual barangan seperti sayur,buah-buahan dan makanan membuka kanopi beserta canvas dan berniaga rapat di tepi landasan keretapi itu.

Namun apabila keretapi tiba di laluan itu,ia akan membunyikan hon beberapa kali sebagai tanda amaran agar peniaga mengalihkan barang-barang jualan mereka supaya tidak dilanggar.

Amir Arsad juga memberitahu keretapi berwarna merah itu juga melintasi landasan dengan perlahan iaitu lebih perlahan daripada berbasikal.

“Aku tak tahu berapa kiloneter sejam diorang pandu, tapi aku rasa basikal aku lagi laju.

“Tengok tu, sayur pun di bawah keretapi yang lalu.Oh ngam ngam keretapi dengan kanopi.

“Dia rapat ni tangan kita pun boleh pegang keretapi.Rasa nak nangis babe (terharu) “katanya.

Video itu mendapat 151,000 tanda suka, 5,500 komen dan 24,000 perkongsian.

Sementara itu bagi Noraziah Mat Said memberi komen “saya 1 family dah pernah sampai sini.Tengok depan-depan dan pegang keretapi tu.”

“Ini adalah stesen keretapi di Maeklong,boleh saja nakk dengan bayaran 50 baht untuk jarak lebih kurang 1 kilometer pergi ke van pelancong parking. Satu pengalaman yang unik dan menarik. Penuh dengan pelancong luar,” kata Hamdan Salihan.

“Pernah lalu sini.Menarik cuma kena hati-hati jela sebab gap still ada.cuma bunyi tu agak seram.hihi.”kata Ummi Sakinah Rusni.

Memetik libur.com.my, Maeklong Railway Market sudah beroperasi sekitar 1905. Ia terletak kira-kira 75 kilometer dari bandaraya Bangkok mengambil masa hampir dua jam untuk tiba sekiranya menggunakan jakan darat.

Maeklong Railway Market wujud sebelum landasan keretapi dibina. Orang kampung di kawasan itu tidak mahu berpindah dan ingin meneruskan aktiviti jualan mereka walaupun landasan keretapi dibina di pertengahan pasar.

Terletak di daerah Samut Songkhram, Maeklong Railway Market jug amendpaat gelaran sebagai pasar paling bahaya di dunia kerana pasar dan gerai jualan berada di atas landasan keretapi yang masih digunakan setiap hari.

Pasar ini sepanjang 1,000 meter beroperasi di atas landasan keretapi yang menghubungkan Wongwian Yai di Bangkok ke Samut Songkhram dan beroperasi mulai 6 pagi sehingga 6 petang.

FAKTA

Landasan kereta api dijadikan tapak perniagaan oleh penduduk Thailand untuk berniaga buah-buahan, makanan, pakaian dan sebagainya.

Gerai-gerai beroda digunakan supaya dapat dialih-alihkan apabila loceng keselamatan kereta api dibunyikan.

Kereta api bergerak agak perlahan memandangkan ia baru mula keluar dari stesen kereta api.

Peniaga sudah siap sedia mengubah gerai-gerai mereka agar tidak ada kemalangan berlaku.

Kanvas mudah alih turut dipindahkan sebentar sementara kereta api lalu.

Ada yang membiarkan sahaja buah-buahan dilalui oleh kereta api kerana telah dipastikan tidak mengenai lantai dan roda kereta api.

Mereka cukup tahu tentang lebar, panjang dan ketinggian lantai kereta api.

Pihak berkuasa kereta api tidak dapat berbuat apa-apa kerana di situlah sumber rezeki mereka dan sanggup bersabong nyawa kerananya.

Mengikut temuramah diantara wartawan Majalah TV3, Gan Bock Khim, bersama para peniaga di Pasar kereta api Maeklong, mereka diminta untuk membayar RM 3 sehari bersamaan THB 30 sehari kepada Jabatan Kereta Api Thailand sebagai wang sewaan tapak pasar di tanah milik jabatan kereta api.

Pada 29 Mei 2010, program Majalah 3 TV3 menyiarkan keunikan pasar ini untuk tatapan penonton di Malaysia. Sebuah iklan Thailand juga menggunakan lokasi ini.

#