Pesara guru hampa apabila durian Musang King yang dibeli harga RM140, buruk!

Pesara guru hampa apabila durian Musang King yang dibeli harga RM140, buruk!

03/07/2021 2:41 PM 0 By Miss Kay

Oleh: Miss U

RAUB : Hajat seorang pesara guru untuk makan durian Musang King bersama keluarga hampa apabila raja buah yang dibelinya buruk dan berulat, baru-baru ini.

Salehudin Mat Rasad, 61, berkata, daripada dua biji durian yang dibeli dengan harga RM140 itu, hanya sebiji yang boleh dimakan, manakala sebiji lagi buruk serta berulat.

“Saya beli durian tersebut di sebuah pusat jualan dan pengumpulan durian di Sungai Klau,Raub di sini untuk dimakan bersama keluarga.

“Ketika membeli saya ada nampak kesan lubang pada kulit durian itu, tetapi penjual menyatakan isi durian elok dan dia memberi jaminan.

“Namun apabila membuka untuk dimakan bersama isteri dan anak-anak, saya terkejut kerana satu biji durian buruk dan berulat, kami hampa kerana baru hendak merasa durian musim ini, tetapi lain pula jadinya,” katanya kepada Timur Daily hari ini.

Ketika membuka durian itu, dia sememangnya tidak menyangka durian yang berharga agak mahal buruk pada semua bahagian.

Beliau yang tinggal di Maran, Pahang bercadang untuk mendapatkan ganti rugi namun terpaksa menguburkan niat itu memandangkan lokasi pusat jualan itu jauh di daerah Raub.

#