“Pintu Neraka” jadi tarikan pelancongan? MasyaALLAH… boleh ka?

“Pintu Neraka” jadi tarikan pelancongan? MasyaALLAH… boleh ka?

16/07/2021 1:33 PM 0 By Miss Kay
(PERSPEKTIF/BH) Orang ramai mengellilingi Kawah Darvaza bagi mengdapatkan kehangatan habanya pada waktu malam. NSTP/EMAIL

Pelik tapi benar. Itulah hakikatnya yang berlaku pada zaman ini. Sampai pintu neraka pun dijadikan pusat tarikan pelancongan. MasyaALLAH. Namun jangan salah sangka, sesungguhnya Syurga dan Neraka ialah rahsia ALLAH. Tiada yang mengetahuinya melainkan ALLAH SWT dan sesiapa yang dikehendakiNYA.

“Pintu Neraka” yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah mengenai salah satu tarikan pelancongan terkenal yang mendapat kolokan sedemikian manakala nama betulnya ialah Kawah Gas Darvaza yang terletak di  di bumi Turkmenistan.

Para pelancong turut tidak melepaskan peluang menyaksikan PIntu Neraka itu dari dekat pada waktu malam. kredit photo PIXABAY.

Kawah Gas Darvaza sebenarnya adalah medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh jurutera petrokimia Soviet, lalu menjadi sebuah kawah gas asli pada 1971.

Kawah ini kemudiannya dibakar untuk mencegah penyebaran gas metana dan sejak itu, api di dalam kawah ini tidak pernah padam dan kawah ini terus terbakar sehinggalah hari ini.

Kawah ini juga dikenali sebagai “The Door to Hell”, atau pintu ke neraka. Melihat akan keadaan api yang menyala (membara) ia begitu menakutkan.

Pakar geologi Turkmenistan, Anatoly Bushmakin, berkata keputusan saintis untuk membakarnya dengan harapan ia akan padam selepas beberapa minggu.

Katanya, bagaimanapun, sudah lebih 50 tahun kebakaran masih berlaku dan tiada tanda untuk padam

(PERSPEKTIF/BH) Deretan khemah dipasang pengunjung untuk bermalam di sekitar Kawah Darvaza. NSTP/EMAIL

Menariknya, Kawah Gas Darvaza, selepas lima dekad terbakar ia tidak pernah mengeluarkan gas beracun dan ini membuatkan orang ramai teruja untuk mengunjunginya.

 Api yang berkobar di kawah tersebut menghasilkan cahaya keemasan yang menakjubkan

Kawah gas asli berkenaan memiliki kedalaman 30 meter dan 69 meter lebar dipercayai antara simpanan gas antara terbesar di dunia.

Terletak di tengah padang pasir Karakum iaitu 260 kilometer di utara Ashgabat, ibu negara Turkmenistan.

Tiada pengangkutan terus ke Kawah Gas Darvaza, bagaimanapun semua bas yang menuju ke utara dari Ashgabat ke Dashoguz (dan ke selatan) memintas kampung Darvaza.

Ini bermakna pengunjung terpaksa berhenti di lebuh raya dan berjalan kaki sejauh tujuh kilometer ke kawah. Bagaimanapun, dinasihatkan mendapat bantuan perkhidmatan sewa van atau kenderaan pacuan empat roda.