PM Mali letak jawatan selepas usul tidak percaya

PM Mali letak jawatan selepas usul tidak percaya

19/04/2019 2:13 PM 0 By admin

Perdana Menteri Mali Soumeylou Boubeye Maiga dan anggota kerajaannya telah menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis susulan usul tidak percaya akibat keganasan yang berlaku di sebuah kampung dalam negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden.

“Presiden menerima peletakan jawatan perdana menteri dan anggota kerajaannya,” menurut kenyataan pejabat Presiden Ibrahim Boubacar Keita tanpa memberikan sebarang alasan berhubung peletakan jawatan itu.

– Bernama