Polis iringi jenazah pesakit kob!d, perlahankan kenderaan sebagai menghormati perasaan hiba keluarga

05/07/2021 1:32 PM 0 By Miss Kay

BENTONG, 5 JULAI – Polis Bentong mengiringi jenazah seorang wanita warga emas berusia 86 tahun yang meninggal dunia akibat kobid-19.

Menurut laman facebook Polis Bentong, kenderaan membawa jenazah wanita itu diiringi oleh Ketua Unit Peronda Polis (MPV), Asisten Supritenden Mohd Mustafa bersama Koperal Wan Norhamdi dan Koperal Ruwaidi dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK),Ibu Pejabat Polis Bentong bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Oleh Kerana Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengurusan jenazah mangsa kobid-19 yang ketat,kenderaan tidak dibenarkan singgah di rumah mangsa.

“Iringan tersebut terus membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Kampung Janda Baik,Bentong.

“Bagaimanapun atas dasar prihatin anggota MPV yang mengiringi jenazah telah memperlahankan kenderaan ketika melalui rumah mangsa dan memberi peluang walaupun hanya seketika kepada ahli keluarga yang setia menunggu di tepi jalan untuk memberikan penghormatan dan memanjatkan doa buat Allahyarham,” menurut laporan itu.

Sejak semalam tular di laman sosial apabila video berdurasi 1 minit 21 saat yang membawa jenazah mangsa kobid19 melintasi dikediamannya dengan ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Menerusi video tersebut, Asisten Supritenden Mohd turut meminta maaf kepada ahli keluarga mangsa kerana tidak dapat berhenti dan memibta ahli keluarga supaya bersabar dan redha dengan ketentuan yang Maha Esa.

Polis Bentong turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu difahamkan keluarga mangsa juga meminta video tular itu tidak dimuatkan di youtube untuk menjana keuntungan pihak berkaitan, atas kesedihan keluarga mangsa.

#