Rasa Bersalah Tertumpahkan Kopi Pelanggan, Rider Ini Hantar ‘Kejutan’ Tanda Minta Maaf

Rasa Bersalah Tertumpahkan Kopi Pelanggan, Rider Ini Hantar ‘Kejutan’ Tanda Minta Maaf

11/06/2021 12:15 PM 0 By staff

Setiap penghantar makanan pasti akan lalui dugaan dan cabaran masing-masing. Ada yang terpaksa harungi hujan demi nak hantar order pelanggan, ada yang terpaksa tahan panas nak hantar order waktu tengah hari buta. Memang rider ni semua berjiwa kental. Tabik la kat diorang ni.

Namun, baru-baru ini viral kisah rider makanan yang tertumpahkan kopi yang dipesan oleh pelanggannya.

Sumber: Johor Foodie

Sampai-sampai terus minta maaf

Menerusi tweet yang dimuat naik di laman Twitter oleh pemilik akaun bernama m.fairuz.j baru-baru ini, kisah ini bermula bila pelanggan yang dikenali sebagai Linda Latip membuat pesanan minuman kopi di salah sebuah kafe popular melalui aplikasi GrabFood.https://twitter.com/callmefye/status/1402048447377641476?s=19

https://twitter.com/callmefye/status/1402048447377641476?s=19

Pada hari dia order kopi itu, rider datang agak lewat. Pada mulanya, dia agak berang dengan kelewatan rider itu tapi dia agak terkejut bila rider tersebut tiba di rumah dan terus minta maaf berulang kali kepada dia.null

“Dia sampai saja terus cepat-cepat minta maaf kat saya. Katanya kopi tumpah dalam perjalanan.Saya tengok luar pun cuaca hujan renyai-renyai.”

Bila dilihat di dalam bekas minuman itu, memang kosong betul tak ada apa-apa. Dengan tenang, wanita itu memaafkan rider tersebut dan tetap ambil cawan kosong itu untuk dibuang.

Rider itu sebersalah dengan apa yang berlaku dan mahu bayar balik serta sanggup pergi semula ke kedai untuk beli yang baru tetapi wanita itu menolak pelawaannya. Wanita itu cuma mengganggap bukan rezeki dia pada hari itu.

Bukan itu sahaja, wanita itu siap beri review yang bagus kepada rider itu walaupun kopi yang dia pesan tertumpah

Terkejut dapat bungkusan

Keesokan harinya, ibu kepada tiga orang anak ini dikejutkan dengan bungkusan yang mengandungi kek lapis Sarawak dan mangga. Siap ada nota lagi dekat bungkusan itu.

“Menerusi nota yang disertakan, rupanya bungkusan ini dari rider yang hantar kopi tumpah itu.”

Sumber: Twitter

Wanita ini terkejut dan terharu sebab dia tak sangka yang rider itu akan beri sesuatu kepadanya.

“Katanya kek lapis Sarawak itu isteri dia yang buat. Terima kasih banyak-banyak.”

Bagus betul rider tu kan? Semoga dia terus berkhidmat dengan baik dan jujur kepada pelanggan lain juga. Amin….

Sumber: mStarm.fairuz.j