Rasmi – Celcom Dan Digi Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad

Rasmi – Celcom Dan Digi Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad

08/04/2021 3:01 PM Off By admin

Hari ini Telenor dan Axiata mengesahkan penggabungan operasi syarikat telekomunikasi mereka di Malaysia iaitu Digi dan Celcom. Syarikat baharu yang diberi nama Celcom Digi Berhad akan dibentuk dengan transaksi akan dilakukan pada suku kedua 2021 selepas menjalani proses ketekunan wajar (due diligence).

Telenor dan Axiata masing-masing akan memegang 33.1% saham dalam Celcom Digi Berhad. Syarikat baharu ini akan dipengerusikan oleh Dato’ Izzaddin Idris sementara Jorgen C. Arentz Rostrup menjadi timbalan pengerusi. Jawatan CEO pula akan dipegang oleh Idhan Nawawi sementara jawatan naib-CEO pula dipegang oleh Albern Murty.

Dengan terbentuknya Celcom Digi Berhad, ia akan menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia.

SUMBER RUJUKAN: TELENOR via Amanz.my